Sunday, April 21, 2013

Susu merudum waktu period? Apa puncanya?

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa tahap kalsium dan vitamin D (yang diperlukan untuk menyerap kalsium) menurun dalam fasa haid antara ovulasi dan tempoh haid (in other words waktu separuh kedua kitaran haid anda). Wanita yang mengandung atau menyusukan juga mempunyai keperluan kalsium yang lebih tinggi. Jadi kalau kalsium dalam badan menurun, bagaimana nak hasilkan susu yang banyak utk anak anda.

So mommies semua jangan ambil ringan tentang keperluan kalsium dalam badan kita. badan kita ni nak pakai lama betul x? So ambillah kalsium yang mencukupi iatu 1000mg sehari.



Sumber kalsium ada dalam pelbagai bentuk paling femes susu dan hasil-hasil tenusu. Tapi tak semua mummy suka minum susu malahan ada yang alah dengan hasil-hasil tenusu ini.  Sumber kalsium juga boleh didapati dari sayuran hijau sepert brokoli, kekacang, soya , ikan bilis dan sardin. Namun cara  kita memasak makanan tersebut hakikatnya telah sedikit sebanyak mengganggu khasiat kandungan bahan tersebut. Ini antara sebab saya memilih Ostematrix Shaklee.



Siapa yang patut cuba Ostematrix ni?
1.mereka yang sering keletihan
2.sering mengalami sakit belakang
3.anggota badan sering cramp
4.sakit bahagian leher dan tengkuk
5.tumit kaki pecah dan kasar
6.susah bangun tidur
7.sakit kepala yang kerap @ migraine
8.sering sakit gigi
9.Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
10.Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun

Jom cuba Ostematrix Shaklee. 4 biji = 2 gelas susu. Sangat2 sesuai diambil oleh ibu yang menyusu dan mangandung. Sy sendiri telah mencuba kesannya memang marvelous! nak dapatkan harga kasih sayang? PM saya jom!

Ila - 894213

SMS/Whatapps/Call: 010-2204959
Fanpage: Medelavent

Saturday, April 20, 2013

Kenapa Set Berpantang Shaklee Jadi Pilihan?

Di pasaran terdapat pelbagai set ibu berpantang yang boleh kita didapati. Tapi adakah semuanya sama?


Saya mula mengenali set berpantang shaklee semasa berpantang anak kedua. Perbezaan yang ketara adalah susu badan sangat banyak dan pembuangan menjadi lawas dan lancar. Bukan apa, pembuangan yang lancar sangat perlu bagi ibu dalam pantang kerana minggu pertama semasa biasanya kita agak sedikit ngeri untuk membuang disebabkan luka kesan dari proses bersalin masih lagi belum pulih.

Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya Alfalfa sebagai medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini. 

5. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Faham-faham sahaja lah cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

Kita tengok apa kata mereka yang telah mengambil set berpantang Shaklee dan berpuas hati dengannya:






Jom hubungi saya (ila), 010-2204959  untuk maklumat lanjut set berpantang Shaklee! I'm happy to help:)

Credit to : Mummy Wan

Bagaimana Kembalikan Susu Badan Yang Hampir Kering?

Hampir-hampir membeli susu tepung untuk anak disebabkan susu badan hampir kering? Oh tidak! Inilah masalah yang sering menghantui kaum ibu. Say NO to Formula Milk!

NO!NO!NO!




Entah di mana silapnya kan? Sudah semestinya ada sebab kenapa susu kita merudum. Jom baca pengalaman Puan Lyna yang berkongsi kisahnya menghadapi masalah susu merudum. Credit to Puan Lyna:

"Ini adalah kisah saya sendiri, yang mana saya mengalami masalah susu merudum yang sangat dahsyat selepas balik dari umrah.
Dari purata 20 oz sehari kepada 3 oz sehari.
Apa? Ambil milk booster? Ambil supplement? ;) FYI saya adalah pengamal supplement dan untuk pengetahuan semua, supplement bukan PENYEBAB susu ibu menjadi banyak. Ada rahsia di sebaliknya… Itu cerita lain.
OK, bila susu saya merudum sehingga 70%, sudah pasti saya jadi resah. Betul kan? Siapa tak susah hati.
Jadi, apa yang saya lakukan?
(1) Praktikkan HYPNO-BREASTFEEDING. Ya, ramai yang kata ia bermula dari minda. Jadi perlu sentiasa positif dan yakin bahawa masalah ini dapat diatasi.
(2) BERSYUKUR sedar atau tidak, kita cuma tahu bersyukur selepas mendapat nikmat. Sedangkan sebenarnya nikmat itu akan datang lebih banyak bila kita bersyukur sebelum nikmat tu datang.
(3) BERDOA  untuk susu yang banyak dan mencukupi untuk anak. Tak perlu nak hafal2 doa tertentu pun tak apa (kalau hafal lagi bagus), doa je dalam bahasa Melayu atau bahasa apa pun. Allah faham.
3 elemen di atas perlu ada dalam diri setiap ibu yang menemui masalah dalam penyusuan. Kemudian..
POWER PUMPING
Ya, saya masih ingat seorang ibu mengadu kepada saya tentang susu badannya yang kurang. Beliau bertanya apakah milk booster atau supplemen extra lagi yang patut beliau ambil (beliau juga mengamalkannya).
Saya jawab mudah saja. Makanan harus seimbang, dengan semua elemen mengikut piramid makanan. Suplemen atau milk booster adalah pilihan. Seperti anda memilih baju, asasnya menutup aurat, kemudian warna, jenis kain, hiasannya… Semua terpulang kepada empunya badan.
Namun, sebagus mana milk booster itu pun, jika tiada stimulasi (dari pam atau bayi), tiadalah akan berhasil. Kerana susu ibu berkonsepkan – pengeluaran berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, makin banyak pengeluaran.
Lalu saya meminta beliau melakukan 
power pumping
. Beliau yang pertama kali melakukannya, mengikut saja tips saya.
Selepas seminggu belia menghubungi saya “Terima kasih, Mommy Lyna! Sekarang susu saya dah banyak semula. Bagus lah power pumping ni,”
Syukur alhamdulillah.
Dan itu jugalah praktik saya selama 2 minggu kebelakangan. Setiap hari, saya melakukan power pumping 1 atau 2 kali.
Berapa lama baru nampak hasilnya? Sesungguhnya bukan overnight. Ramai ibu yang give up power pumping sebab katanya tak ada perubahan pun..
Ia bukan magic ya. Sehari dua memang tak nampak apa2. Saya sendiri selama 3 hari masih mendapat amaun yang sama. Hari ke-4 ada peningkatan sikit.
Dan saya mengambil kita semua aspek secara holistik. Fizikal, emosi…
Sabar.
Syukur.
Alhamdulillah selepas 2 minggu, susu saya dah 80% recover. Bermakna saya masih kurang 4 oz untuk kembali kepada asal. Dan daripada amaun semasa merudum hari tu, ia dah meningkat sebanyak 250%!
Jadi, buat ibu2 yang mengalami nasib yang sama.. Jangan berputus asa, berusaha, berdoa, bersyukur dan bertawakallah. Pasti Allah tidak membiarkan hamba-Nya selepas Dia memerintahkan ibu2 untuk menyusukan anak dengan lengkapnya selama 2 tahun.
Insya-Allah, biidznillah."

So ibu-ibu di luar sana, tiada jalan mudah untuk dapatkan susu yang banyak. Jangan cepat putus asa kerana rezeki anak tetap ada cuma ibu perlu sedikit usaha. Jangan stress jika susu sikit ok!
Bertenang ye!
Credit to: Mummy Wan

Saya tidak cukup susu badan? Apa penyebabnya?


Isu tidak cukup susu ni memang selalu bermain-main dalam fikiran para ibu terutamanya ibu yang dalam pantang dan sudah nak masuk kerja balik. Juga terjadi pada ibu-ibu yang bayinya berusia lebih 6 bulan. 


susu banyak



Hakikatnya susu badan ibu adalah berbeza mengikut umur bayi, keadaan, persekitaran, dari sehari ke hari, bulan ke bulan. Jangan risau lebih-lebih ye para ibu.

Faktor-faktor yang menjadi isu dalam penyusuan terutamanya bagi yang mengepam:


1. Jumlah output yang kita dapat semasa pam. jumlah inilah yang sering dijadikan kayu ukur sikit atau banyak susu sedangkan kita lupa yang pengeluaran susu juga ada turun naiknya. Normal jika susu kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak, tidak semestinya akan dapat amount yang sama setiap hari. Jika hasil pam berkurang pada hari tersebut, tidak bermakna itulah petanda susu badan makin kurang!

2. Semalam dapat 8 oz sekali pam, hari ini dapat 4 oz sekali pam. Ibu pun mula stress sebab fikirkan jumlah yang dapat hanyalah sedikit.

3. Perlu dingat aktiviti mengepam tidak se "effektif" dengan penyusuan secara direct. Kemungkinan jumlah output yang kita dapat adalah tidak sama banyak seperti kita menyusukan bayi secara direct.

Adakah normal jumlah output susu yang saya dapat?


Jangan sesekali bandingkan jumlah susu yang berjaya dipam dengan orang lain. Ianya sudah tentu berbeza contohnya bagi ibu yang menyusu badan fulltime ( biasanya ini berlaku dalam pantang) dan juga ibu yang mengepam secara konsisten dan bukan fulltime ( ibu yang sudah kembali bekerja).

Semasa dalam pantang, ibu menyusu badan sepenuhnya. Dan ibu juga mungkin juga mengepam, hasilnya katakan 2 oz setiap kali pam. Ibu yang sudah masuk kerja akan pam di tempat kerja dan dapat 4 oz sekali pam. Tidak bermakna yang ibu dalam pantang itu merudum susunya kerana dia sudah pun direct feed bayi.

Juga perlu diingat adalah normal jika ibu menyusu secara direct sepenuh masa perlukan beberapa sesi pam untuk dapatkan 2 oz susu contohnya.Susu itu adalah susu 'extra' sebenarnya, jangan rasa lepas menyusukan bayi masih lagi berharap dapat 8 oz semasa pam. Ibu yang telah mula bekerja dan tidak bersama bayi mungkin perlukan satu sesi mengepam sahaja untuk mendapat sebanyak itu.

Jangan stress jika tak dapat kumpulkan penuh freezer dengan stok susu. Ianya adalah normal, jangan risau ye. Memanglah kita akan dapat banayk susu semasa dalam pantang kerana susu masih lagi belum mencapai tahap konsisten. Maksudnya kita belum ada jadual yang khusus atau bayi masih lagi belum menunjukkan pola minum yang konsisten.

Semasa bayi mengalami "growth spurt" juga dijangkakan susu akan terasa tidak cukup kerana bayi menyusu lebih dari kebiasaannya. Dengan itu ibu akan mengalami rasa ' macam tak cukup susu je"..
Keadaan ini boleh diatasi dengan lebih kerap mengepam dan direct feed bayi.

Jangan lupa juga susu akan kemungkinan effect jika anda mengalami period. Keadaan ini adalah normal dan akan berakhir, jangan risau.

Jumlah susu yang kita dapat semasa mengepam bukanlah ukuran 'milk supply' kita!

Credit to: Mummy Wan

Awas! Kecacatan Bayi Akibat Kekurangan Asid Folik.

Biasa dengar asid folik? Ala pil yang kecil tu biasa doktor akan bekalkan bila ibu mengandung buat checkup dekat hospital. Mungkin ada yang tidak mengetahui atau kurang peka apakah kepentingan asid folik ini. Kecil-kecil cilipadi, tiadanya maka risiko untuk bayi mendapat kecacatan adalah tinggi.


asid folik shaklee


Apakah Itu Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli.

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 


Sebenarnyaa pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan sebelum kita merancang untuk mengandung. Dan diteruskan lagi sehingga habis trimester pertama. 

Kenapa Asid Folik Sangat Penting?

Kecacatan tiub neural adalah sangat berkait rapat dengan kekurangan asid folik. Memang ngeri kan jika benda yang boleh dicegah tapi jika ibu mengabaikan pengambilan vitamin, risikonya adalah pada anak. 

Ibu yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi yang dikandung mengalami kecacatan tiub neural berbanding mereka yang mengambilnya. 

"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."

Takutkan? Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.




Jadi ibu-ibu mengandung atau bakal ibu jangan ambil mudah bekalan asid folik anda ye. Cegah ianya sebelum terjadi.

Credit to: Mummy Wan

Tips Kurus Bersama Shaklee!


Tips Kurus Bersama Shaklee:

Ramai yang mahu cantik kan? Ramai juga mahu kurus. Tapi ingat kurus secara sihat ye. Bukan kurus yang macam berpenyakit pula tengoknya. Jangan ada pula yang jadi pucat lesu hanya disebabkan ingin kurus.


set kurus shaklee


Pemakanan juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan seseorang mendapat bentuk badan idaman. Kalau hari-hari belasah makanan segera, fast food maka lupakanlah sahaja. Kena berkorban sedikit untuk kurus. Bukan sahaja untuk cantik tapi yang lebih penting adalah kesihatan kita yang tidak ternilai.

Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru dari seorang yang mengamalkan set kurus menggunakan produk dari Shaklee!. Beliau hanya mengamalkan set 3 serangkai ini sahaja iaitu HerblaxLecitin dan Alfalfa. Memang sudah diakui dan ramai sangat sudah merasakan keberkesanan set ini. Tidak percaya mari kita tengok testimoni wanita bertuah ini.


set kurus shaklee herblax+alfalfa+lecitin

Hanya dengan pengambilan Herblax, Lecitin dan Alfalfa sahaja disertai dengan diet yang minima, jaga pemakanan maka inilah hasilnyaa. Bukan senang tapi tidak susah pun. Apa fungsinya cadangan set kurus ini sampai ia begitu berkesan? Secara ringkasnya kita lihat fungsi mereka-mereka ini:

Herb-Lax- adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan dan barulah penyerapan vitamin-vitamin lain dalam badan akan berkesan. Kalau tidak, makan sebanyak mana produk kecantikan pun kulit masih tidak bersih sebab adanya toksin dalam badan. Kena nyah kan dulu toksin ini.


herblax untuk detox


Lecithin: memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini.


testimoni lecitin shaklee


Alfafa: Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.


khasiat alfalfa shaklee

Credit to: Mummy Wan


Info: 5 Tips Penyusuan yang Berguna!

Ramai ibu sekarang telah pun ada kesedaran untuk menyusukan bayi mereka sendiri. Namun berapa ramai yang boleh bertahan dengan "breastfeeding journey" ini? Bukan mudah dan tidaklah pula terlalu sukar. Untuk jayakan penyusuan anda berikut beberapa tips yang boleh diikuti:

1- SUSUKAN BAYI SERTA MERTA SELEPAS DILAHIRKAN

Pastikan perkara pertama dan cecair pertama yang masuk ke perut bayi adalah susu ibu. Khasiat kolostrum amat tinggi nilainya dan selalu digambarkan sebagai cecair emas. Maka amatlah rugi jika ibu membiarkan sahaja cecair emas ini terbuang begitu sahaja. Dakapkan bayi anda ke dada untuk sentuhan kulit ke kulit dan ini amat penting untuk "bonding" antara ibu dan bayi. bayi akan mencari-cari payudara anda untuk menyusu dan saat inilah bermula di mana lebih banyak susu akan dihasilkan hasil dari rangsangan hisapan bayi.

susukan bayi selepas dilahirkan



2- BIARKAN IA BERMULA

Semasa awal kelahiran, payudara ibu akan mengeluarkan kolostrum yang mana ianya penuh dengan protein, antibodi dan vitamin yang diperlukan oleh bayi. Semasa ini bayi hanya perlukan sedikit sahaja sus ibu dan tidak hairanlah semasa ini hanya kolostrum sahaja yang pekat dan sesuai dengan perut bayi. Untuk melihat berapa banyak jumlah susu yang bayi perlukan, boleh rujuk gambar di bawah. Jadi ibu-ibu baru terutamanya jangan putus asa jika susu badan tidak banyak pada masa ini kerana bayi anda tidak perlukan segelas susu sehari pun!

Anda juga boleh cuba tips ini untuk menarik perhatian si manja memulakan penyusuan. Perahkan sedikit susu menggunakan tangan dan biarkan pada puting payudara untuk galakkan bayi menyusu. Semakin kerap bayi menyusu maka semakin banyak juga susu anda. Konsep penyusuan adalah mengikut "demand & supply".



jumlah susu ibu untuk bayi



3- PERHATIKAN BAYI ANDA

Dalam minggu pertama bayi anda akan kerap menyusu sehingga 8 kali atau lebih dalam masa 24 jam. Ini membolehkan pengeluaran susu anda menjadi semakin meningkat terutama sekali jika penyusuannya juga berlaku pada waktu malam. Kekerapan menyusu ini penting untuk bayi mendapat peningkatan berat badan yang sepatutnya semasa minggu-minggu pertama. Waktu malam boleh kejutkan bayi anda untuk menyusu.

Anda tidak perlu perhatikan jam semata ingin susukan bayi mengikut waktu. Susukan bayi setiap 2 atau 3 jam sekali dan berikan susu badan anda pada bila-bila masa berpandukan pada reaksi bayi anda yang hanya anda sahaja yang faham bila bayi anda perlukan susu.

Susu ibu senang dihadam oleh perut bayi. jadi pada peringkat ini bayi tidak perlukan sebarang cecair lain melainkan susu ibu semata untuk tumbesarannya.

tips penyusuan bayi



4- PENGELUARAN SUSU

Penyusuan berasaskan konsep "supply & demand". Maknanya semakin banyak permintaan, semakin banyak susu akan dikeluarkan. 

Untuk merangsang susu, kerapkan susukan bayi anda dan juga amalkan pam secara berkala. Jangan skip jadual pam atau jadual penyusuan anda kerana ini akan mempengaruhi pengeluaran susu badan anda. Ada masanya bayi akan mengalamigrowth spurt namun tiada apa yang perlu dibimbangkan, hanya susukan bayi mengikut kehendaknya.

tips susu banyak



5- MAKANAN LENGKAP

Tahukah anda yang susu ibu adalah makanan paling lengkap untuk bayi anda selama 6 bulan pertama. Bayi tidak perlukan sebarang cecair atau makanan tambahan lagi semasa umur begini. Dan yang paling menakjubkan adalah kandungan susu badan anda boleh berubah mengikut cuaca dan keperluan bayi mengikut umurnya. Susu badan sentiasa pada suhu yang sesuai, keadaan persekitaran yang seseuai dan ekonomi juga untuk perancangan kewangan keluarga. Menkjubkan bukan?

susu ibu terbaik

Credit to: Mummy Wan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...