Showing posts with label BERSALIN. Show all posts
Showing posts with label BERSALIN. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

Pengalaman bersalin secara induce.

Assalamualaikum wbt.

Uhuk uhuk berhabuk sudaa blog ni..lama tak mencoret.. Rindu nak menulisnpun bertandang so harini sy teringin nak share pengalaman sy bersalin kan puteri ke 3 kami.. Nur Jannah Aqeela๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.

Agak drama jugak episode nak bersalin kali ke 3 ni.. Walaupun pengalaman tu dah ada tp perasaan berdebar takut semua ada.. Tambahan pula sy ni terlalu kerap mengalami braxton hicks di akhir2 kehamilan kali ni. More than 10 times jugak la false alarm tu bermula hujung february. Oh ya EDD sepatutnya 13/3/15. 

Untuk anak ke3 ni saya memilih Kuantan Specialist Hospital jugak untuk bersalin mcm hannah and haziq. Dah selesa dengan hospital tu, staff and the doctor sekali ofkos! Kalau ikutkan appointment terakhir 5/3/15 tapi ditakdirkan Allah sy tak sempat pun nak ber appointment pada tarikh tersebut sbb malam dlm pukul 8pm 4/3/5 dah kluar show nak bersalin huhu.waktu petang tu lagi mmg dah rasa agaknkurang selesa kat perut tp duk fikirkan mesti main2 ni hehe, sekali waktu nak mandi kuar show tu terus panggil adik ipar minta tolong dia buat VE, guess what tadaaa dah 2 cm dilate.. Naseb baik la ada adik ipar yang keje doctor and mmg bidang dia dalam O&G.. Alhamdullilah 3 anak semua cek ngan dia aje so bila bukaan dah 5 cm ke atas baru ke hospital.. Dislike duk dalam ward lama2..Huhu..

Nak dijadikan cerita husband masih lagi di kluang, cepat2 call husband minta dia balik..support dari hasben sgt penting bagi sy!! Teringat waktu bersalin haziq dulu hasben tak sempat balik sbb haziq mmg tak sabar2 nak kuar.. Cepat dan mudah sgt bersalin kan haziq. Tapi kali ni mmg nak sgt hasben ada teman dan azankan baby right after deliver tu;) okeh lebih kurang jam 2 pagi hubby sampai time tu still contraction tak kuat sangat so mmg dah plan kol 5 camtu baru nak gi hospital.. Cek jalan sekali lagi bulaan hanya 3-4 cm so takpelah biar hasben and adik ipar solat subuh dulu baru gerak. Time ni jugaklah si kakak bangun merengek2 nak ikut mama nya ke hospital.. Selalu takdela bangun awal camtu hehe, mcm tau2 aje.. Pujuk2 sikit barulah boleh gerak ke hospital.

Sampai ke hospital nurse buat CTG dulu utk cek jantung baby and contraction.. Seriusly masa duk wat CTG tu tak rasa sakit pape kot.. Sgt2 mild contraction boleh gelak2 borak2 lagi..and bila nuse cek pun mmg tak banyak contraction. sekali lagi cek jln still static 4cm masa tu kalau x silap dah pukul 8pg.. Midwife tu pun ada ckp serviks masih thick huhu..masa ni mmg dah agak cuak sikit.. Sbb kalau haziq dulu cepat je.. So sgt tak expect kali ni agak lambat pula.

sempat snap sbb time ni belum sakit sgt heheh

Dalam pukul 10am my gynae tanya larat tak turun pergi klinik utk buat ultrasound and check jalan lagi sekali.. Ofkos larat hihi;) Bila dr check Still 4 cm, serviks still thick and dr ckp kepala baby masih kat atas lagi๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Time tu jugaklah dr suggest utk amek prostin sbb risaukan komplikasi dan takut sy dah takde energy kalau lambat sangat..masa tu dah terbayang dah aduh mesti sakit ni. Tp bila fikirkan utk kebaikan baby saya relakan jua walaupun perasaan takut tu membuak-buak.then lepas je masukkan ubat tu, bermula episode bersalin yang mengerikan buat saya!!

Sejam pertama efek prostin tu dah boleh rasa, Ya Allah sakitnya Tuhan aje yang tahu, lebih sakit dari bersalin kan hannah dulu, oh ya waktu hannah pun ada masukkan ubat juga tp melalui drip and ianya pitocin bukan prostin..and waktu hannah tu dr mmg tak bgtau langsung ada masukkan ubat jadi agak berbeza di situ.. ๐Ÿ˜…. Lebih kurang jam 1 tghari sy dah tak tahan sangat dah sakit, midwife ada juga datang tolong cekkan contraction and pasang CTG sekali lagi, pastu midwife tolong cekkan jalan jugak, okeh ada improvement berganjak ke 5cm..fuh! Ingatkan dah 7cm @8cm sekali baru 5 cm sakit bukan main lagi. Time tu jugaklah midwife insists tuk tolak ke labour room cepat2 sbb based on previous rekod dia ckp sy ni berpotensi bersalin cepat. 

Alhamdullilah sepanjang mengalami tempoh kesakitan tu hasben tak berganjak pun disisi.. Kemas2 sy pegang tangan hubby.. Sampai dia ckp mcm nak tercabut dah tangan dia hihi. Tak putus dia bacaan ayat2 Quran dan doa2 utk saya. Tq hubby;) beberapa kali juga dia tanya nurse and dr sampai bila isteri dia nak tanggung sakit mcm ni..time dalam labour room tu jugak dek tak tahan sakit sy berkali gak mintak nak epidural and operate haha.. Kalau ingatkan balik mcm kelakar..midwife tu layankan aje suruh banyak2 selawat dn bersabar;) dia suruh saya sedut gas tu, tp sbb serik dah amek gas tu masa bersalin hannah dulu, sy ckp no. Lagipun gas tu mcm takde efek sgt pun.. Makin pening kepala lagi adalah ๐Ÿ˜…. tak lama lepas tu dr naik utk cek jalan sekali lagi, dah 6 cm
and dr pecahkan air ketuban.. Alhamdullilah masih jernih.. Means baby belum poo poo lagi kat dalam.. dr turun semula ke klinik tp nak dijadikan cerita tak sampai setengah jam lepas air ketuban pecah sy terus rasa kepala baby hampir nak terkeluar.. Masa tu sy dah menjerit minta tlg midwife call dr cepat2.. Kelam kabut juga dr and midwife prepare pape yg patut.. Efek induce tu mmg dasyat coz towards the end stage of labour tu sy betul2 boleh rasa movement baby ke bawah yang mana sy tak pernah rasa langsung sebelum ni.

Alhamdullilah dengan 2 kali push baby comel saya selamat dilahirkan pada jam 2.13 petang..berat 2.96 kg, baby gurl so bolehlah jadi bestfriend hannah nanti๐Ÿ˜‰


my princess jannah

Syukur Ya Allah semua selamat. Masa baby kuar tu terus hilang semua rasa sakit yang terpksa ditanggung sebelum tu. Betulla kata org pengalaman bersalin berbeza-beza ada susah ada senang.. Dan sy dah mengalami kedua-duanya;)

*************

Dear my lovely kids, mama promise akan jaga jannah, kakak hannah dan haziq sebaik mungkin. Takkan mama sia-siakan anugerah terindah ini... My priority always  goes to all of you! Semoga anak2 mama membesar menjadi insan yang mulia budi pekerti, anak soleh dan solehah penyejuk hati mama and daddy;)

Till then.
Happy mama of 3 kiddos;)


Monday, June 2, 2014

Testimonial Set Bersalin Shaklee


Assalamualaikum, salam sejahtera!!

Berpantang memang sgt mudah dengan set bersalin shaklee. Saya sendiri telah menggunakan set ni semasa kelahiran anak ke dua, masa tu anak saya terkena prolong jaundis doktor nasihatkan saya gara tidak mengambil sebarang jamu selama 2 bulan.. 2 bulan yang sangat lama of kos so apa lagi sy terpksa la let go pada orang lain shj set Nona Roguy yang dah beli sebulan sebelum bersalin..

Tapi saya tak risau sebab dah ada set bersalin Shaklee! In fact set bersalin Shaklee buat saya betul2 jatuh cinta sebab mmg sangat ada kelaianan bila ambil set bersalin ini berbanding kelahiran pertama dulu.

saya boleh concludekan 5 pekara yang sy dapat rasakan iatu..

  1. Luka bersalin cepat sembuh kalau dulu ya Allah sgt seksa dan ngeri nak ke toilet akibat luka episiotomi yang sgt lama nak sembuh
  2. Badan mmg rasa sgt bertenaga walaupun tak cukup tidur. Maklumlah baby asyik berjaga, and nak bangun tuk pam susu lagi.
  3. Boleh digunakan sebaik shj selepas bersalin.
  4. Tiada kesan panas, baby selesa tanpa komplikasi
  5. Susu sangat meriah, sampai tak muat freezer dan saya berjaya buat stock EBM untuk 6 bulan sewaktu pantang:)
  6. Selamat digunakan walaupun baby jaundis;)
Jom kita review apa kata customer yang dah consume set pantang Shaklee?




=========

Dapatkan info lanjut tentang keistimewaan menjadi ahli Shaklee. 


Untuk dapatkan harga diskaun sehingga 33% ayuh join keahlian Shaklee harini!






Klik Borang Ahli Shaklee untuk register!:)



Tuesday, May 20, 2014

Buang Lemak dan Toxin dengan Set Kurus Mampu Milik!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera:)

Morning! 

Mesti dah ada yang sampai ke tempat keje macam saya kan? Apa2 pun sy doakan apa yang anda lakukan harini akan dipermudahkan..tetapkan niat Ikhlas bekerja kerana Allah kerana ingin mencari sumber rezeki yang halal untuk keluarga pasti Allah akan permudahkan segalanya untuk kita.

Harini nak sharing sikit pasal Lecithin dan Herblax. Terasa ringan sgt perut hari ini dek penangan Lecithin dan Herblax.  Mudah saja jika agak-agak rasa perut tidak sedap, rasa macam banyak toksin je dalam badan, rasa macam perut ini sudah menyimpan khazanah lemak yang tidak terbendung, maka itulah jawapan paling menarik adalah tak lain tak bukan Lecithin dan Herblax!  Adik beradik yang tidak dapat dipisahkan.

Bila susah hendak membuang, rasa peritnya tiada siapa boleh tolong kan. Tapi kalau sudah selamat dikeluarkan, lega macam alam ini aku yang punya hahaha. Perit tau kalau susah hendak membuang. Boleh berpinar biji mata. Takkan tidak pernah alami kot? Tengok tu, kalau susah hendak membuang, berfikir dua tiga kali hendak masuk toilet bukan?


Ngeri kan kalau berjam dalam toilet:(


 Jangan sesekali ambil mudah bila sembelit melanda, ada yang sampai berdarah-darah tau. Itulah kamu susah sangat hendak makan sayur. Itu adalah bebelan seorang ibu kepada anaknya. Kenapa selalu kita ditekankan untuk ambil sayur? Sebab iannya sumber fiber. Fiber ini membantu pelawasan.
Usus Sihat VS Usus Tidak Sihat

Kalau sudah lama tidak mebuang, maka toksin pastilah banyak dalam badan. Tidak dapat digambarkan keadaaan toksin yang bermaharajalela dalam tubuh. Sebab itulah badan selalu lesu, rasa seram sejuk pun ada, kulit jadi kusam, telan vitamin bertong tong pun belum nampak bercahaya muka. Maklumlah penuh toksik, jadi langkah pertama bersihkanlah toksik dalam badan dengan herblaxHerblax boleh menyingkirkan toksin dan sisa-sisa buangan yang telah berkarat dalam usus anda. Hasilnya jeng jeng jeng, usus yang sihat, menarik tertarik.


Selamat mencuba dan menjadi orang baru dalam masa sebulan. Sebulan ok dah nampak kesan. Itupun kalau disiplin. Mahu cantik haruslah disiplin, kalau tidak takkanlah semua nya ibarat datang melayang-layang kecantikan pada anda. Selamat mencuba:)

=================
Nak order produk Shaklee dengan konsultasi percuma dan berterusan? Hubungi sy SID kesayangan anda:
Ila (894213)
SMS/Whatapps/hello2: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB Page: Medelavent

Untuk dapatkan harga diskaun Istimewa ayuh join keahlian Shaklee harini


Klik Borang Ahli Shaklee untuk register!:)
===========================

Friday, May 16, 2014

Persedian Bersalin Teknik Meneran yang Betul.


Assalamualaikum
Salam sejahtera!

Wah entry kali ni lain drpd biasa nampaknya.. hehe, ya sy nak share pengalaman sy sendiri melahirkan 2 org anak. Yan pertama agak sukar, tp yang kedua Alhamdullilah dipermudahkan lebih mudah.

Sebenarnya teknik meneran yang betul sangat penting dalam memudahkan proses bersalin disamping mengelakkan berlakunya implikasi pada ibu dan baby yang bakal dilahirkan. Nasihat saya, banyakkan membaca walaupun anda dah ada pengalaman bersalin sebelum ni. Walaupun bacaan hanyalah sekadar teori tapi trust me ianya sangat membantu. One more thing dengar cakap doktor, jangan push jika tak berlaku contraction. Selain itu, support drp suami juga amat diperlukan di kala menghadapi sakit waktu bersalin, para suami please try your very best to stay with ur wife throughout the journey of birth di samping banyakkan baca doa-doa bagi memudahkan proses bersalin :)

my baby haziq! sorry gambar tak brp ada kaitan:D

============================
Berikut ada teknik yang anda boleh aplikasikan. Jadikan ini sebagai satu latihan teori agar anda boleh bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sebenar kelak.

  • Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan membayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar.

  • Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil.

  • Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan doktor dan jururawat.

  • Bila berlaku kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali.

  • Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka.

  • Jangan sesekali mengangkat punggung kerana hal ini boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat.

  • Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.

sumber MW

==================

Nak order produk Shaklee dengan konsultasi percuma dan berterusan? Hubungi sy SID kesayangan anda:
Ila (894213)
SMS/Whatapps/hello2: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB Page: Medelavent
===========================

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...