Showing posts with label HAMIL. Show all posts
Showing posts with label HAMIL. Show all posts

Sunday, March 29, 2015

Tips Atasi Kaki Cramp Sewaktu Hamil


Kaki cramp atau lebih dikenali sebagai simpul biawak sewaktu hamil biasanya terjadi menjelang trimester ke 3 kehamilan. Pada waktu ini, banyak kalsium dalam badan ibu diserap oleh bayi dalam kandungan bagi membantu perkembangan tulang bayi yang dikandug. Jadi sekiranya kalsium itu tak di top up maka ibu- ibu akan mengalami masalah kurang kalsium sekaligus  mengundang masalah cramp pada ibu hamil.



Saya sendiri pernah mengalami masalah cramp ni, salah sendiri kerana terlalu aktif dan sibuk sehingga terlupa mengambil supplemen kalsium akibatnya tengah malam waktu nak tidur terkena cramp, lagi 'best' ia terjadi waktu suami tiada dirumah.. Oh mmg menyeksakan.sejak dari kejadian tu sy mmg pasang reminder siap kat hp supaya tak terlupe;)
Sebenarnya ada beberapa tips yang anda boleh follow jika hendak mengelak masalah cramp ni.

Apa tipsnya?

Pemilihan kasut
Penggunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stoking sokongan yang boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan.

Senaman regangan
Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.

Banyakkan pergerakan
Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

Tinggikan kaki
Alas kaki dengan bantal ketika tidur. Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan.

Suplemen kalsium
Amalkan pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil suplemen ini sebelum waktu tidur.
Supplemen kalsium yang menjadi pilihan hati saya sejak 3 tahun yang lepas tak lain tak bukan adalah Ostematrix Shaklee. 


Istimewanya Ostematrix ni ia hadir dengan Vitamin D dan Magnesium yang berfungsi untuk pastikan kalsium dapat diserap dengan optimum!


Ibu hamil perlukan 1000mg kalsium sehari iaitu bersamaan dengan 4 biji ostematrix. Ostematrix sangat sesuai kepada ibu hamil yang tak gemarkan susu atau tak boleh minum susu, jadi sebagai alternatif boleh amek kalsium dalam bentuk pil. 

So dear moms, jangan abaikan pengambilan kalsium sewaktu hamil, selain daripada risiko cramp, wanita juga sangat terdedah dengan risiko tulang rapuh atau osteoporosis. Maklumlah wanita banyak menggunakan kalsium berbanding lelaki terutamnya sewaktu hamil dan menyusu badan. Jadi wajib Ibu- ibu top up badan dengan kalsium yang mencukupi.

Risiko Kurang Kalsium terhadap wanita 


Sebotol Ostematrix ni mengandungi 120 biji caplets yang mudah ditelan.
Servings: sebulan penggunaan.



Untuk dapatkan ostematrix ini pada konsultasi terbaik! Boleh hubungi saya your trusted distributor:


Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent
Penghantaran seluruh Malaysia. Servis COD di sekitar Kluang dan UTM Skudai

======================

NANTI DULU!!! Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee! Hubungi saya harini!!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE


Sunday, March 15, 2015

Pengalaman bersalin secara induce.

Assalamualaikum wbt.

Uhuk uhuk berhabuk sudaa blog ni..lama tak mencoret.. Rindu nak menulisnpun bertandang so harini sy teringin nak share pengalaman sy bersalin kan puteri ke 3 kami.. Nur Jannah Aqeela๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.

Agak drama jugak episode nak bersalin kali ke 3 ni.. Walaupun pengalaman tu dah ada tp perasaan berdebar takut semua ada.. Tambahan pula sy ni terlalu kerap mengalami braxton hicks di akhir2 kehamilan kali ni. More than 10 times jugak la false alarm tu bermula hujung february. Oh ya EDD sepatutnya 13/3/15. 

Untuk anak ke3 ni saya memilih Kuantan Specialist Hospital jugak untuk bersalin mcm hannah and haziq. Dah selesa dengan hospital tu, staff and the doctor sekali ofkos! Kalau ikutkan appointment terakhir 5/3/15 tapi ditakdirkan Allah sy tak sempat pun nak ber appointment pada tarikh tersebut sbb malam dlm pukul 8pm 4/3/5 dah kluar show nak bersalin huhu.waktu petang tu lagi mmg dah rasa agaknkurang selesa kat perut tp duk fikirkan mesti main2 ni hehe, sekali waktu nak mandi kuar show tu terus panggil adik ipar minta tolong dia buat VE, guess what tadaaa dah 2 cm dilate.. Naseb baik la ada adik ipar yang keje doctor and mmg bidang dia dalam O&G.. Alhamdullilah 3 anak semua cek ngan dia aje so bila bukaan dah 5 cm ke atas baru ke hospital.. Dislike duk dalam ward lama2..Huhu..

Nak dijadikan cerita husband masih lagi di kluang, cepat2 call husband minta dia balik..support dari hasben sgt penting bagi sy!! Teringat waktu bersalin haziq dulu hasben tak sempat balik sbb haziq mmg tak sabar2 nak kuar.. Cepat dan mudah sgt bersalin kan haziq. Tapi kali ni mmg nak sgt hasben ada teman dan azankan baby right after deliver tu;) okeh lebih kurang jam 2 pagi hubby sampai time tu still contraction tak kuat sangat so mmg dah plan kol 5 camtu baru nak gi hospital.. Cek jalan sekali lagi bulaan hanya 3-4 cm so takpelah biar hasben and adik ipar solat subuh dulu baru gerak. Time ni jugaklah si kakak bangun merengek2 nak ikut mama nya ke hospital.. Selalu takdela bangun awal camtu hehe, mcm tau2 aje.. Pujuk2 sikit barulah boleh gerak ke hospital.

Sampai ke hospital nurse buat CTG dulu utk cek jantung baby and contraction.. Seriusly masa duk wat CTG tu tak rasa sakit pape kot.. Sgt2 mild contraction boleh gelak2 borak2 lagi..and bila nuse cek pun mmg tak banyak contraction. sekali lagi cek jln still static 4cm masa tu kalau x silap dah pukul 8pg.. Midwife tu pun ada ckp serviks masih thick huhu..masa ni mmg dah agak cuak sikit.. Sbb kalau haziq dulu cepat je.. So sgt tak expect kali ni agak lambat pula.

sempat snap sbb time ni belum sakit sgt heheh

Dalam pukul 10am my gynae tanya larat tak turun pergi klinik utk buat ultrasound and check jalan lagi sekali.. Ofkos larat hihi;) Bila dr check Still 4 cm, serviks still thick and dr ckp kepala baby masih kat atas lagi๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Time tu jugaklah dr suggest utk amek prostin sbb risaukan komplikasi dan takut sy dah takde energy kalau lambat sangat..masa tu dah terbayang dah aduh mesti sakit ni. Tp bila fikirkan utk kebaikan baby saya relakan jua walaupun perasaan takut tu membuak-buak.then lepas je masukkan ubat tu, bermula episode bersalin yang mengerikan buat saya!!

Sejam pertama efek prostin tu dah boleh rasa, Ya Allah sakitnya Tuhan aje yang tahu, lebih sakit dari bersalin kan hannah dulu, oh ya waktu hannah pun ada masukkan ubat juga tp melalui drip and ianya pitocin bukan prostin..and waktu hannah tu dr mmg tak bgtau langsung ada masukkan ubat jadi agak berbeza di situ.. ๐Ÿ˜…. Lebih kurang jam 1 tghari sy dah tak tahan sangat dah sakit, midwife ada juga datang tolong cekkan contraction and pasang CTG sekali lagi, pastu midwife tolong cekkan jalan jugak, okeh ada improvement berganjak ke 5cm..fuh! Ingatkan dah 7cm @8cm sekali baru 5 cm sakit bukan main lagi. Time tu jugaklah midwife insists tuk tolak ke labour room cepat2 sbb based on previous rekod dia ckp sy ni berpotensi bersalin cepat. 

Alhamdullilah sepanjang mengalami tempoh kesakitan tu hasben tak berganjak pun disisi.. Kemas2 sy pegang tangan hubby.. Sampai dia ckp mcm nak tercabut dah tangan dia hihi. Tak putus dia bacaan ayat2 Quran dan doa2 utk saya. Tq hubby;) beberapa kali juga dia tanya nurse and dr sampai bila isteri dia nak tanggung sakit mcm ni..time dalam labour room tu jugak dek tak tahan sakit sy berkali gak mintak nak epidural and operate haha.. Kalau ingatkan balik mcm kelakar..midwife tu layankan aje suruh banyak2 selawat dn bersabar;) dia suruh saya sedut gas tu, tp sbb serik dah amek gas tu masa bersalin hannah dulu, sy ckp no. Lagipun gas tu mcm takde efek sgt pun.. Makin pening kepala lagi adalah ๐Ÿ˜…. tak lama lepas tu dr naik utk cek jalan sekali lagi, dah 6 cm
and dr pecahkan air ketuban.. Alhamdullilah masih jernih.. Means baby belum poo poo lagi kat dalam.. dr turun semula ke klinik tp nak dijadikan cerita tak sampai setengah jam lepas air ketuban pecah sy terus rasa kepala baby hampir nak terkeluar.. Masa tu sy dah menjerit minta tlg midwife call dr cepat2.. Kelam kabut juga dr and midwife prepare pape yg patut.. Efek induce tu mmg dasyat coz towards the end stage of labour tu sy betul2 boleh rasa movement baby ke bawah yang mana sy tak pernah rasa langsung sebelum ni.

Alhamdullilah dengan 2 kali push baby comel saya selamat dilahirkan pada jam 2.13 petang..berat 2.96 kg, baby gurl so bolehlah jadi bestfriend hannah nanti๐Ÿ˜‰


my princess jannah

Syukur Ya Allah semua selamat. Masa baby kuar tu terus hilang semua rasa sakit yang terpksa ditanggung sebelum tu. Betulla kata org pengalaman bersalin berbeza-beza ada susah ada senang.. Dan sy dah mengalami kedua-duanya;)

*************

Dear my lovely kids, mama promise akan jaga jannah, kakak hannah dan haziq sebaik mungkin. Takkan mama sia-siakan anugerah terindah ini... My priority always  goes to all of you! Semoga anak2 mama membesar menjadi insan yang mulia budi pekerti, anak soleh dan solehah penyejuk hati mama and daddy;)

Till then.
Happy mama of 3 kiddos;)


Saturday, July 19, 2014

Punca - Punca Lelaki Tidak Subur


Lazimnya wanita selalu dipersalahkan bila pasangan itu gagal mendapat zuriat. namun ini adalah tidak benar sama sekali. Pada masa ini hampir 1 dalam 6 pasangan yang berkahwin akan mengalami kesukaran untuk hamil. Kira-kira 30 % daripada kes-kes adalah disebabkan oleh masalah kesuburan pada lelaki itu, 30 % kepada masalah kesuburan pada wanita, 30% lagi kedua dua pasangan itu mengalami masalah dan 10 % yang lain dengan sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan.


Jika anda mempunyai hidup berkelamin seperti biasa dan mengamalkan seks tanpa perlindungan untuk lebih daripada satu tahun (atau enam bulan jika anda lebih daripada 35 ) tetapi gagal hamil anda haruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan penilaian lanjut.
Antara faktor faktor yang boleh menjejaskan kesuburan lelaki adalah: 
1. Merokok
2. Minum arak banyak
3. Mengambil steroid anabolik
4. Mengambil ubat-ubatan tertentu, termasuk terapi penggantian testosteron
5. Pernah menjalani rawatan untuk kanser seperti radioterapi atau kemoterapi
6. Pemakanan yang kurang baik
7. Terdedah kepada racun, seperti racun perosak
8.  Menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung dan mengambil ubatan ubatan yang boleh menyebabkan impoten. Mempunyai masalah tersumbat dalam saluran ejaculatory mereka yang menghalang sperma daripada memasuki cecair air mani . Jika vas deferens atau tiub epididimis tersumbat atau rosak, mereka boleh menghalang sperma anda daripada mendapat telur pasangan anda. Jangkitan, kecederaan, kecacatan kongenital, atau vasectomy yang boleh menyebabkan tersumbat ini.
10.  Mengalami Varicoceles (urat diperbesarkan , sama seperti vena varikos, dalam skrotum) meningkatkan suhu dalam testis, yang boleh menjejaskan pengeluaran sperma.
11. Mempunyai masalah kualiti sperma
Jika anda mempunyai masalah kekurangan sperma (oligospermia), sperma yang kurang aktif, atau sperma yang berbentuk luar biasa, sperma anda mungkin tidak dapat untuk menyuburkan telur pasangan anda.
12. Antibodi anti-sperma
Badan anda boleh membangunkan antibodi yang membunuh sperma anda sendiri , biasanya selepas vasectomy, jangkitan , atau trauma.
13. Masalah kesuburan yang tidak dapat diketahui (unexplained infertility)
Sesetengah pakar berfikir toksin alam sekitar boleh menjadi faktor penyumbang, tetapi tidak ada hubungan langsung antara kesuburan dan masalah-masalah ini mungkin telah disahkan.

Sumber: ipohgynae
=============


Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE




Monday, June 2, 2014

Testimonial Set Bersalin Shaklee


Assalamualaikum, salam sejahtera!!

Berpantang memang sgt mudah dengan set bersalin shaklee. Saya sendiri telah menggunakan set ni semasa kelahiran anak ke dua, masa tu anak saya terkena prolong jaundis doktor nasihatkan saya gara tidak mengambil sebarang jamu selama 2 bulan.. 2 bulan yang sangat lama of kos so apa lagi sy terpksa la let go pada orang lain shj set Nona Roguy yang dah beli sebulan sebelum bersalin..

Tapi saya tak risau sebab dah ada set bersalin Shaklee! In fact set bersalin Shaklee buat saya betul2 jatuh cinta sebab mmg sangat ada kelaianan bila ambil set bersalin ini berbanding kelahiran pertama dulu.

saya boleh concludekan 5 pekara yang sy dapat rasakan iatu..

  1. Luka bersalin cepat sembuh kalau dulu ya Allah sgt seksa dan ngeri nak ke toilet akibat luka episiotomi yang sgt lama nak sembuh
  2. Badan mmg rasa sgt bertenaga walaupun tak cukup tidur. Maklumlah baby asyik berjaga, and nak bangun tuk pam susu lagi.
  3. Boleh digunakan sebaik shj selepas bersalin.
  4. Tiada kesan panas, baby selesa tanpa komplikasi
  5. Susu sangat meriah, sampai tak muat freezer dan saya berjaya buat stock EBM untuk 6 bulan sewaktu pantang:)
  6. Selamat digunakan walaupun baby jaundis;)
Jom kita review apa kata customer yang dah consume set pantang Shaklee?




=========

Dapatkan info lanjut tentang keistimewaan menjadi ahli Shaklee. 


Untuk dapatkan harga diskaun sehingga 33% ayuh join keahlian Shaklee harini!






Klik Borang Ahli Shaklee untuk register!:)



Saturday, May 31, 2014

Testimoni Set Kesuburan Shaklee.

Assalamualaikum salam sejahtera!

Harini saya ingin kongsikan dengan pembaca saya himpunan testimoni positif pelanggan yang telah pun mencuba set kesuburan Shaklee samada set lengkap atau set basic.

Alhamdullilah set kesuburan Shaklee mendapat tempat di hati penggunanya dan terbukti membantu ramai pengguna dalam memperbetulkan kitaran haid, mengecutkan cyst, ketumbuhan sekitar ovari. masalah period pain yang kronik dan PALING best ramai yang telah berjaya hamil!!

Jom kite review various real testimonials ini!




































Friday, May 16, 2014

Persedian Bersalin Teknik Meneran yang Betul.


Assalamualaikum
Salam sejahtera!

Wah entry kali ni lain drpd biasa nampaknya.. hehe, ya sy nak share pengalaman sy sendiri melahirkan 2 org anak. Yan pertama agak sukar, tp yang kedua Alhamdullilah dipermudahkan lebih mudah.

Sebenarnya teknik meneran yang betul sangat penting dalam memudahkan proses bersalin disamping mengelakkan berlakunya implikasi pada ibu dan baby yang bakal dilahirkan. Nasihat saya, banyakkan membaca walaupun anda dah ada pengalaman bersalin sebelum ni. Walaupun bacaan hanyalah sekadar teori tapi trust me ianya sangat membantu. One more thing dengar cakap doktor, jangan push jika tak berlaku contraction. Selain itu, support drp suami juga amat diperlukan di kala menghadapi sakit waktu bersalin, para suami please try your very best to stay with ur wife throughout the journey of birth di samping banyakkan baca doa-doa bagi memudahkan proses bersalin :)

my baby haziq! sorry gambar tak brp ada kaitan:D

============================
Berikut ada teknik yang anda boleh aplikasikan. Jadikan ini sebagai satu latihan teori agar anda boleh bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sebenar kelak.

  • Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan membayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar.

  • Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil.

  • Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan doktor dan jururawat.

  • Bila berlaku kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali.

  • Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka.

  • Jangan sesekali mengangkat punggung kerana hal ini boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat.

  • Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.

sumber MW

==================

Nak order produk Shaklee dengan konsultasi percuma dan berterusan? Hubungi sy SID kesayangan anda:
Ila (894213)
SMS/Whatapps/hello2: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB Page: Medelavent
===========================

Friday, May 31, 2013

HB rendah pada ibu hamil

HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika kekurangan hemoglobin seseorang boleh kelihatan pucat dan mungkin boleh mengalami pitam.
hb rendah pada ibu hamil


Jika dalam keadaan biasa pun kita digalakkan menjaga paras hemoglobin ini apatah lagi semasa hamil. Bila hamil sudah tentu bayi dalam kandungan memerlukan banyak sel darah merah untuk tumbesarannya.

Penyebab HB Rendah

  • kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  • masalah buah pinggang
  • kehilangan darah mungkin dari pembedahan

HB Rendah Dan Kehamilan

Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye. 

Tanda-Tanda HB Rendah

  • pening
  • rasa letih dan tidak bermaya
  • sakit kepala
  • pucat
  • nafas yang pendek, termengah-mengah
  • tidak boleh memberi tumpuan
cara merawat anemia


Risiko Dan Kesan HB Rendah

  • keguguran
  • kelahiran bayi pra matang
  • bayi kecil
  • koma
  • meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Kredit to: Mummy Wan

Saturday, April 20, 2013

Kenapa Set Berpantang Shaklee Jadi Pilihan?

Di pasaran terdapat pelbagai set ibu berpantang yang boleh kita didapati. Tapi adakah semuanya sama?


Saya mula mengenali set berpantang shaklee semasa berpantang anak kedua. Perbezaan yang ketara adalah susu badan sangat banyak dan pembuangan menjadi lawas dan lancar. Bukan apa, pembuangan yang lancar sangat perlu bagi ibu dalam pantang kerana minggu pertama semasa biasanya kita agak sedikit ngeri untuk membuang disebabkan luka kesan dari proses bersalin masih lagi belum pulih.

Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya Alfalfa sebagai medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini. 

5. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Faham-faham sahaja lah cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

Kita tengok apa kata mereka yang telah mengambil set berpantang Shaklee dan berpuas hati dengannya:






Jom hubungi saya (ila), 010-2204959  untuk maklumat lanjut set berpantang Shaklee! I'm happy to help:)

Credit to : Mummy Wan

Awas! Kecacatan Bayi Akibat Kekurangan Asid Folik.

Biasa dengar asid folik? Ala pil yang kecil tu biasa doktor akan bekalkan bila ibu mengandung buat checkup dekat hospital. Mungkin ada yang tidak mengetahui atau kurang peka apakah kepentingan asid folik ini. Kecil-kecil cilipadi, tiadanya maka risiko untuk bayi mendapat kecacatan adalah tinggi.


asid folik shaklee


Apakah Itu Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli.

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 


Sebenarnyaa pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan sebelum kita merancang untuk mengandung. Dan diteruskan lagi sehingga habis trimester pertama. 

Kenapa Asid Folik Sangat Penting?

Kecacatan tiub neural adalah sangat berkait rapat dengan kekurangan asid folik. Memang ngeri kan jika benda yang boleh dicegah tapi jika ibu mengabaikan pengambilan vitamin, risikonya adalah pada anak. 

Ibu yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi yang dikandung mengalami kecacatan tiub neural berbanding mereka yang mengambilnya. 

"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."

Takutkan? Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.




Jadi ibu-ibu mengandung atau bakal ibu jangan ambil mudah bekalan asid folik anda ye. Cegah ianya sebelum terjadi.

Credit to: Mummy Wan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...