Friday, May 31, 2013

HB rendah pada ibu hamil

HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika kekurangan hemoglobin seseorang boleh kelihatan pucat dan mungkin boleh mengalami pitam.
hb rendah pada ibu hamil


Jika dalam keadaan biasa pun kita digalakkan menjaga paras hemoglobin ini apatah lagi semasa hamil. Bila hamil sudah tentu bayi dalam kandungan memerlukan banyak sel darah merah untuk tumbesarannya.

Penyebab HB Rendah

  • kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  • masalah buah pinggang
  • kehilangan darah mungkin dari pembedahan

HB Rendah Dan Kehamilan

Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye. 

Tanda-Tanda HB Rendah

  • pening
  • rasa letih dan tidak bermaya
  • sakit kepala
  • pucat
  • nafas yang pendek, termengah-mengah
  • tidak boleh memberi tumpuan
cara merawat anemia


Risiko Dan Kesan HB Rendah

  • keguguran
  • kelahiran bayi pra matang
  • bayi kecil
  • koma
  • meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Kredit to: Mummy Wan

Thursday, May 30, 2013

ESP oh ESP!! Semakin HOT Semakin Laris!!

Salam semua!!! Dah lama betul sy x update blog, so harini nak citer sikit pasal hot item Shaklee, tak lain tak bukan ESP lah!! tiap2 bulan mmg berduyun2 org order ESP, tetap menjadi kesukaan ramai bukan sahaja utk ibu menyusu tapi semua golongan:)

ESP MULTIPURPOSE!!



Kenapa ESP ni sgt2 best dan ramai sgt yang gemarkannya? Of course pertama sbb ESP ni multipurpose. 
Antara manfaat pengambilan ESP ni adalah:

  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati
Bagi yang belum pernah cuba ESP anda pasti sukakannya!!. Customer yang repeat order tak usah citerlah mmg ramai:) nak dapatkan ESP?? boleh hubungi sy distributor Shaklee anda:

Facebook: Halilah Hassan
Fanpage: Medelavent
Call/SMS/Whatapps: 010-2204959

Sy sedia membantu anda, dapatkan free consultation before and after sales daripada sy :) 

Friday, May 3, 2013

VIVIX Shaklee- Tonik Anti Penuaan yang Efektif!

Tonik anti penuaan (Sumber: UTUSAN MALAYSIA)

CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka.
Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing.
Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.
Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan.
Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku.
Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks. 

Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua. 
Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik.
Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun. 
Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan.Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.
Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.
Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.
Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.
Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.
Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix.
"Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.
Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA,menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan.
Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.
Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal. 
"Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya.
Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel.
Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari.
Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.
Buat masa ini Vivix keluaran Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


image : credit to http://vitaminsemulajadi.com

 Boleh contact saya ila thru sms/whatapps/call:
010-2204959 utk sebarang pertanyaan or utk order VIVIX anda:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...