Sunday, March 15, 2015

Pengalaman bersalin secara induce.

Assalamualaikum wbt.

Uhuk uhuk berhabuk sudaa blog ni..lama tak mencoret.. Rindu nak menulisnpun bertandang so harini sy teringin nak share pengalaman sy bersalin kan puteri ke 3 kami.. Nur Jannah Aqeela๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.

Agak drama jugak episode nak bersalin kali ke 3 ni.. Walaupun pengalaman tu dah ada tp perasaan berdebar takut semua ada.. Tambahan pula sy ni terlalu kerap mengalami braxton hicks di akhir2 kehamilan kali ni. More than 10 times jugak la false alarm tu bermula hujung february. Oh ya EDD sepatutnya 13/3/15. 

Untuk anak ke3 ni saya memilih Kuantan Specialist Hospital jugak untuk bersalin mcm hannah and haziq. Dah selesa dengan hospital tu, staff and the doctor sekali ofkos! Kalau ikutkan appointment terakhir 5/3/15 tapi ditakdirkan Allah sy tak sempat pun nak ber appointment pada tarikh tersebut sbb malam dlm pukul 8pm 4/3/5 dah kluar show nak bersalin huhu.waktu petang tu lagi mmg dah rasa agaknkurang selesa kat perut tp duk fikirkan mesti main2 ni hehe, sekali waktu nak mandi kuar show tu terus panggil adik ipar minta tolong dia buat VE, guess what tadaaa dah 2 cm dilate.. Naseb baik la ada adik ipar yang keje doctor and mmg bidang dia dalam O&G.. Alhamdullilah 3 anak semua cek ngan dia aje so bila bukaan dah 5 cm ke atas baru ke hospital.. Dislike duk dalam ward lama2..Huhu..

Nak dijadikan cerita husband masih lagi di kluang, cepat2 call husband minta dia balik..support dari hasben sgt penting bagi sy!! Teringat waktu bersalin haziq dulu hasben tak sempat balik sbb haziq mmg tak sabar2 nak kuar.. Cepat dan mudah sgt bersalin kan haziq. Tapi kali ni mmg nak sgt hasben ada teman dan azankan baby right after deliver tu;) okeh lebih kurang jam 2 pagi hubby sampai time tu still contraction tak kuat sangat so mmg dah plan kol 5 camtu baru nak gi hospital.. Cek jalan sekali lagi bulaan hanya 3-4 cm so takpelah biar hasben and adik ipar solat subuh dulu baru gerak. Time ni jugaklah si kakak bangun merengek2 nak ikut mama nya ke hospital.. Selalu takdela bangun awal camtu hehe, mcm tau2 aje.. Pujuk2 sikit barulah boleh gerak ke hospital.

Sampai ke hospital nurse buat CTG dulu utk cek jantung baby and contraction.. Seriusly masa duk wat CTG tu tak rasa sakit pape kot.. Sgt2 mild contraction boleh gelak2 borak2 lagi..and bila nuse cek pun mmg tak banyak contraction. sekali lagi cek jln still static 4cm masa tu kalau x silap dah pukul 8pg.. Midwife tu pun ada ckp serviks masih thick huhu..masa ni mmg dah agak cuak sikit.. Sbb kalau haziq dulu cepat je.. So sgt tak expect kali ni agak lambat pula.

sempat snap sbb time ni belum sakit sgt heheh

Dalam pukul 10am my gynae tanya larat tak turun pergi klinik utk buat ultrasound and check jalan lagi sekali.. Ofkos larat hihi;) Bila dr check Still 4 cm, serviks still thick and dr ckp kepala baby masih kat atas lagi๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Time tu jugaklah dr suggest utk amek prostin sbb risaukan komplikasi dan takut sy dah takde energy kalau lambat sangat..masa tu dah terbayang dah aduh mesti sakit ni. Tp bila fikirkan utk kebaikan baby saya relakan jua walaupun perasaan takut tu membuak-buak.then lepas je masukkan ubat tu, bermula episode bersalin yang mengerikan buat saya!!

Sejam pertama efek prostin tu dah boleh rasa, Ya Allah sakitnya Tuhan aje yang tahu, lebih sakit dari bersalin kan hannah dulu, oh ya waktu hannah pun ada masukkan ubat juga tp melalui drip and ianya pitocin bukan prostin..and waktu hannah tu dr mmg tak bgtau langsung ada masukkan ubat jadi agak berbeza di situ.. ๐Ÿ˜…. Lebih kurang jam 1 tghari sy dah tak tahan sangat dah sakit, midwife ada juga datang tolong cekkan contraction and pasang CTG sekali lagi, pastu midwife tolong cekkan jalan jugak, okeh ada improvement berganjak ke 5cm..fuh! Ingatkan dah 7cm @8cm sekali baru 5 cm sakit bukan main lagi. Time tu jugaklah midwife insists tuk tolak ke labour room cepat2 sbb based on previous rekod dia ckp sy ni berpotensi bersalin cepat. 

Alhamdullilah sepanjang mengalami tempoh kesakitan tu hasben tak berganjak pun disisi.. Kemas2 sy pegang tangan hubby.. Sampai dia ckp mcm nak tercabut dah tangan dia hihi. Tak putus dia bacaan ayat2 Quran dan doa2 utk saya. Tq hubby;) beberapa kali juga dia tanya nurse and dr sampai bila isteri dia nak tanggung sakit mcm ni..time dalam labour room tu jugak dek tak tahan sakit sy berkali gak mintak nak epidural and operate haha.. Kalau ingatkan balik mcm kelakar..midwife tu layankan aje suruh banyak2 selawat dn bersabar;) dia suruh saya sedut gas tu, tp sbb serik dah amek gas tu masa bersalin hannah dulu, sy ckp no. Lagipun gas tu mcm takde efek sgt pun.. Makin pening kepala lagi adalah ๐Ÿ˜…. tak lama lepas tu dr naik utk cek jalan sekali lagi, dah 6 cm
and dr pecahkan air ketuban.. Alhamdullilah masih jernih.. Means baby belum poo poo lagi kat dalam.. dr turun semula ke klinik tp nak dijadikan cerita tak sampai setengah jam lepas air ketuban pecah sy terus rasa kepala baby hampir nak terkeluar.. Masa tu sy dah menjerit minta tlg midwife call dr cepat2.. Kelam kabut juga dr and midwife prepare pape yg patut.. Efek induce tu mmg dasyat coz towards the end stage of labour tu sy betul2 boleh rasa movement baby ke bawah yang mana sy tak pernah rasa langsung sebelum ni.

Alhamdullilah dengan 2 kali push baby comel saya selamat dilahirkan pada jam 2.13 petang..berat 2.96 kg, baby gurl so bolehlah jadi bestfriend hannah nanti๐Ÿ˜‰


my princess jannah

Syukur Ya Allah semua selamat. Masa baby kuar tu terus hilang semua rasa sakit yang terpksa ditanggung sebelum tu. Betulla kata org pengalaman bersalin berbeza-beza ada susah ada senang.. Dan sy dah mengalami kedua-duanya;)

*************

Dear my lovely kids, mama promise akan jaga jannah, kakak hannah dan haziq sebaik mungkin. Takkan mama sia-siakan anugerah terindah ini... My priority always  goes to all of you! Semoga anak2 mama membesar menjadi insan yang mulia budi pekerti, anak soleh dan solehah penyejuk hati mama and daddy;)

Till then.
Happy mama of 3 kiddos;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...