Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts

Sunday, March 29, 2015

Cara Kembalikan Semula Susu Ibu yang Merundum

Assalamualaikum salam sejahtera! Moga anda semua dalam limpahan rahmatNYA.

Okeh topik harini khas buat ibu2 yang sedang breastfeeding baby mcm saya. Alhamdullilah rezeki baby Jannah lebih drpd cukup dah penuh fridge tak tahu dah nak simpan mana stock EBM, nasib baik abgnya Haziq boleh minum. So, bolehlah menghabiskan sedikit stock EBM tu sementara nak beli deep freezer baru;)

Memang bertuah bila dapat menyusukan anak sendiri, tp tak semua yang ada 'tuah' tu kdg2 ada ibu-ibu yang dah habis pantang susu terus merundum, tak semeriah seperti dalam pantang. Lama- kelaman ibu jadi give up then terus decide untuk top up dengan formula. Oh no! BIG No!


Sebenarnya ada cara sgt berkesan untuk kembalikan semula 'kemeriahan' dan keseronokan menyusu badan. Saya sendiri telah menggunakan teknik ni. Alhamdullilah tak dinafikan sangat- sangat berkesan kepada saya!

Kaedahnya adalah POWER PUMPING!

Apa itu power pumping?

Power pumping adalah kaedah mengepam yang berbeza daripada biasa. Ia boleh membantu untuk merangsang semula pengeluaran susu bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum atau jika ingin menambahkan stok susu perahan.

Untuk Siapa?

  • Ibu angkat yang mahu menyusukan anak
  • Ibu yang mahu relaktasi - menyusu semula selepas anak berhenti menyusu badan
  • Ibu yang menghadapi masalah supply susu merudum akibat pelbagai faktor

Ada pelbagai cara power pumping dijalankan. Ibu boleh pilih mana yang sesuai dengan ibu.

KAEDAH 10 minit

  • Pilih hari minggu, dicadangkan awal pagi, pukul 5-6 pagi sebelum subuh. Masa diambil lebih kurang 1 jam.
  • Jika menggunakan pam double pam, pam selama 20 minit - rehat 10 minit dan pam lagi untuk 20 minit - rehat lagi selama 10 minit.
  • Jika menggunakan single pump, sesuaikan masa tadi. Pam sebelah 10 minit, tukar ke payudara sebelah selama 10 minit. Ulang setiap payudara, 10min kanan > 10min kiri > 10min kanan  dan seterusnya.
  • Jika bayi mahu menyusu, berikan dia menyusu dan sesuaikan masa untuk sambung mengepam selepas itu.

Teknik ni saya gunakan semasa menyusukan hannah dan haziq dulu. Tak dinafikan memang ada waktu dan ketika di mana production susu agak drop especially bila stress bekerja atau menjalani kehidupan seharian sebab tu sgt tak elok ibu2 menyusu ni stress ya!

Selain power pumping suke saya tekankan juga ibu ibu wajib fahami konsep asas breastfeeding ni. Kalau konsep tak lepas impian anda nak menyusu akan tinggal kenangan.

Konsep penyusuan yang anda wajib fahami!

1- Demand vs supply, badan kite macam kilang kepada anak yang kita susukan. Makin banyak permintaan daripada bayi yang  menyusu makin banyak la badan kita akan hasilkan susu. Sebab tu teramatlah penting untuk kita kosongkan payudara sekerap mungkin. Sekurangnya pam atau menyusukan anak secara direct feeding setiap 2-3 jam.

2- banyakkan direct feeding, walau semahal mana pam yang anda beli tapi hisapan baYi adalah the best untuk stimulate susu untuk terus keluar. Selagi anda boleh direct feeding, teruskan direct feeding!

3- Pilih lah pam susu yang sesuai, tidak menyakitkan dan selesa buat anda. Tidak perlu mahal. Sy galakkan untuk invest kepada pam jenis elektrik sbb ibu akan rasa kurang penat especially kalau ibu mmg kerap mengepam.

4- Minum air secukupnya.Recommended amount 2 hingga 3 liter sehari. 

5- Jangan abaikan pemakanan seimbang. Seeloknya ibu makan mengikut carta piramid makanan. Lebihkan pengambilan kalsium dan protein dalam diet harian. Sumber protein  drpd tumbuhan seperti soya adalah sangat baik kerana ianya bebas lemak dan proteinnya tidak mudah termusnah. Protein pilihan saya pastinya dari ESP, bukan hanya source protein terbaik malah ianya dilengkapi dengan kalsium, rendah index glisemic untuk mengekalkan tenaga dan rasa kenyang supaya ibu kekal slim dan ESP hadir dengan leucine untuk menganjalkan skin ibu yang  menyusu.

Ibu juga boleh mengambil multivitamin dan alfafa yang sgt terkenal sebagai raja tumbuhan untuk membantu menggalakan pengeluaran susu ibu secara tradisional. Saya telah menggunakan alfafa sejak menyusukan hannah. Mmg sangat membantu. Alhamdullilah hannah berjaya menyusu sehingga hampir 2 tahun tanpa bantuan formula langsung. Sy terpaksa stop sebelum umur hannah 2 tahun atas sebab mengandungkan haziq kalau tak mmg teringin sgt nak menyusukan dia sehingga genap 2 tahun. Inilah pakej basic yang saya guna sejak 4 tahun yang lepas!👇👇


6- Last yang ramai antara kita miss nak buat iaitu doa! Jangan putus asa dan berhenti berdoa agar diberikan kekuatan serta rezeki untuk terus menyusu badan.InsyaAllah niat yang baik akan diperkenan olehNYA. Ibu- ibu menyusu kena kuat, dan sokongan dari orang sekeliling especially suami amat penting. So wahai suami please sokong isteri masing- masing ya😉.

Itulah 6 basic yang wajar anda buat terlebih dahulu. Power pumping atau milkbooster takkan berkesan jika anda tak memahami dan mengamalkan 6 konsep di atas ni.

Psstt! Ini antara hasil pumping saya 23 oz sekali pam! Saya yakin ibu- ibu semua pun boleh!



Till then happy breastfeeding to all moms;)

Xoxo❤️❤️

********************************
Untuk dapatkan product Shaklee pada konsultasi terbaik! Boleh hubungi saya your trusted distributor:


Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent
Penghantaran seluruh Malaysia. Servis COD di sekitar Kluang dan UTM Skudai

======================

NANTI DULU!!! Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee! Hubungi saya harini!!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE






Monday, October 13, 2014

Set Bersalin Shaklee Sangat Berbaloi!

Salam alaik!

Harini sy ingin kongsikan dengan pembaca blog sy tentang set bersalin kegemaran saya iaitu tak lain tak bukan set berpantang Shaklee. Masa anak pertama saya belum menggunakan Shaklee tetapi menjurus kepada lain, agak leceh kerana saya lambat memakan produk jamu tersebut dan luka jahitan episiotomi agak lambat sembuh lebih kurang 3 minggu baru betul-betul hilang sakit tambahan pula hannah terkena mild jaundis so lagilah menghalang mission sy nak berpantang dengan jamu..

Complete set berpantang Shaklee!

Namun bila dah masuk anak ke2 Alhamdullilah sy mula berjinak2 dengan set berpantang Shaklee, kesan paling ketara yang saya rasakan adalah badan lebih bertenaga walaupun badan agak penat an kurang tidur dan paling saya tak percaya luka jahitan sangat cepat sembuh!!

Jadi jika anda dah nak Bersalin dan masih tercari - cari set bersalin yang sesuai, sy amat galakkan anda menggunakan set berpantang Shaklee ini.

Yang paling penting anda tidak perlu risau akan komplikasi pada bayi jika makan jamu/ set bersalin yang bersifat panas.

dan juga sudah pastu anda tak perlu usah  kerana  terpaksa let go set bersalin yg mahal kerana xsesuai dngan bayi dan tak dapat diambil kerana bayi terkena sakit kuning.

===========================


Antara kelebihan set bersalin Shaklee.

  • Selamat, 100%semulajadi, ada KKM, Halal dan mudah digunakan.
  • Tanpa kesan panas
  • Boleh diambil walaupun bayi terkena jaundis!!
  • Boleh diambil sebaik sahaja selepas bersalin, Bukan jamu
  • Sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan
  • Tahan lama dan boleh diteruskan makan selepas pantang dan dijadikan sebagai set menyusu.



Set bersalin ekslusif Shaklee mengandungi:

1) Vitalea
-Membekalkan 12 vitamin dan 7 mineral untuk badan yang sihat.
-Gantikan bekalan sel darah merah yang berkualiti dengan zat besi, copper dan vitamin b dari vitalea
-Memberi rasa bertenaga pada ibu.

2) B complex
-Anti stress untuk elakkan meroyan
-Pembebasan tenaga dari makanan
-Badan lebih cergas
-Bantu penghasilan sel darah merah

3) Vitamin C
-Kuatkan sistem imun anak dan ibu. Baby akan dapat vitamin c dari susu ibu
-Pembentukan kolagen dan kulit yang sihat dan anjal

4) Zinc
-Bertindak seperti pati ikan haruan yang membantu memulihkan luka dalaman dan luaran dengan cepat
-Kurangkan keguguran rambut.
Bantu pengecutan rahim

5) Energizing Soy Protein ESP
-Pekatkan susu ibu supaya baby cepat kenyang
-Bantu pemulihan luka dan pembinaan tisu baru
-Bantu ibu kenyang lebih lama
-Mencantikkan kulit
-Membakar kalori bagi memperepatkan proses turun berat badan

Jom review testimonial pelanggan yang happy selepas menggunakan set bersalin Shaklee!

Nanti dulu!!
Pelanggan yang membeli set bersalin eklusif ini juga layak mendapat FREE jadual pengambilan supplement serta dimasukkan dlm group khas untuk konsultasi percuma dan berterusan dari kami!





Untuk dapatkan product Shaklee boleh hubungi saya your trusted distributor:


Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent
Penghantaran seluruh Malaysia. Servis COD di sekitar Kluang dan UTM Skudai

======================

Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE

Saturday, June 28, 2014

Jadual Pump Susu di Bulan Puasa

Salam alaik!
Ramadhan kareem muncul kembali, alhamdullilah kita masih diberi peluang untuk berjumpa sekali lagi dengan Ramadhan pd tahun ini;)

Untuk entry kali ini, sy ingin kongsikan dengan anda jadual mengepam susu bagi ibu2 yang sedang breastfeeding. Jadual pump pd bulan puasa mungkin agak 'lari' sedikit bagi sesetengah individu memandangkan corak pemakanan kite yang berbeza. namun, usah khuatir, berpuasa tidak pernah menghalang mommies utk menyusu, malah pengalaman sy sendiri ketika berpuasa production susu tetap banyak seperti biasa. 

So here the tips! Kerapkan pumping kerana rule of breastfeeding is--> 
supply vs demand.



Ok ni dia jadual pumping yang sy ingin kongsikan td;)

Jadual Mengepam Susu

Sesi 1
Pam susu sebelum sahur atau selepas sahur. Ketika waktu ini, hormon prolaktin sangat tinggi dan waktu ini merupakan waktu terbaik untuk anda mengepam susu.

Sesi 2
Ambil masa untuk berehat, Kemudian solat Zohor dan pam susu

Sesi 3
Pam susu anda sebelum pulang ke pejabat. Ketika inilah, biasanya saya menggunakan tangan sahaja untuk memerah.

Sesi 4
Pam susu anda sebelum masuk tidur. Walau anak anda menyusu secara terus di rumah, anda boleh mengepam payudara yang sebelah lagi. 

Konsep paling asas dalam menyusu badan ialah banyak demand, maka banyaklah supply. Jangan kerana letih atau penat, anda langsung tak hiraukan jadual mengepam. Susu anda boleh menjadi kering atau penghasilannya menurun sekiranya anda kurang mengepam.



Selamat mencuba dan moga ia bermanfaat especially buat ibu2 yang baru dlm dunia breastfeeding.

Nak order produk Shaklee dengan konsultasi percuma dan berterusan? Hubungi sy SID kesayangan anda:
Ila (894213)
SMS/Whatapps/hello2: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB Page: Medelavent
===========================

Dapatkan info lanjut tentang keistimewaan menjadi ahli Shaklee. 

Untuk dapatkan harga diskaun sehingga 33% ayuh join keahlian Shaklee harini!



Klik Borang Ahli Shaklee untuk register!:)







Menu Sesuai Berbuka Dan Sahur Ibu Menyusu


Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Menu berbuka dan bersahur antara topik hot ketika bulan Ramadhan. Biasanya, minggu pertama berpuasa, penuh meja makan dengan pelbagai juadah. Bila ke bazar semua mahu. Ibu menyusu tidak terlepas daripada kemeriahan memilih juadah untuk berbuka puasa.

Ibu menyusu tiada pantang untuk berbuka dan bersahur. Cuma tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang terlalu pedas dan juga berminyak. Pastikan makanan anda terdiri daripada makanan yang rendah glisemik index (GI). Makanan yang mempunyai GI yang rendah mampu membekalkan tenaga berterusan dan rasa kenyang yang lama.

Jom lihat jadual kategori makanan mana yang mempunyai GI tinggi dan juga GI rendah.



Bacaan Indeks Glisemik 

Rendah = 0 hingga 54
Pertengahan = 55 hingga 69
Tinggi = 70 ke atas

Jadi, sebagai ibu menyusu yang sangat-sangat pentingkan kuantiti dan kualiti susu yang bakal dihasilkan ketika berpuasa, anda boleh rujuk jadual di atas sebagai pemilihan menu berbuka dan bersahur.

Energizing Soy Protein (ESP) sebagai Minuman Tambahan Ketika Berpuasa

Taknak cerita banyak pasal ESP kali ni. Cuma nak cerita perihal ESP yang merupakan minuman berkhasiat untuk ibu menyusu yang mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. GI yang rendah memastikan perut kenyang dengan lama dan membekalkan tenaga berpanjangan bagi yang mengambil minuman ini.

Ianya boleh diambil ketika berbuka dan juga bersahur. Cuba lihat jadual kat bawah ni



GI ESP Shaklee ialah 39 iaitu dalam kategori GI yang rendah. Oleh itu sesuai sangat diambil oleh ibu menyusu, ibu hamil dan semua orang bagi memastikan tenaga berkekalan sepanjang hari dan rasa kenyang yang lama.

Testimoni ESP Ketika Berpuasa

Jom tengok testimoni pengguna ESP ketika berpuasa










Diharapkan artikel kali ini memberi manfaat kepada pembaca semua.

Nak order?  KLIK di sini!



=========

Untuk dapatkan harga diskaun sehingga 33% ayuh join keahlian Shaklee harini!


Klik Borang Ahli Shaklee untuk register!:)


Dapatkan info lanjut tentang keistimewaan menjadi ahli Shaklee. Keistimewaan join ahli!

Monday, May 19, 2014

10 Perkara Tidak Benar dalam Penyusuan

Dalam mencari ilmu penyusuan, kita tidak boleh main dengar aje sumber yang tidak sahih. Kadang kita percaya bulat-bulat apa yang kita dengar walau tidak tahu kebenarannya. Jadi mari kita tengok rupanya banyak perkara yang telah di"mind set" kan oleh orang-orang kita walhal perkara-perkara tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.



1. Kebanyakan dan ramai wanita tidak mempunyai cukup susu badan. Bukan masalah susu jika bayi lambat naik berat badan atau mengalami pertambahan berat yang sangat perlahan. Bukan sebab susu ibu tidak cukup tetapi kerana bayi TIDAK MENDAPAT SUSU YANG IBU ADA. Sebab utama perkara ini berlaku adalah bayi tidak "latch" atau melekap dengan betul. Sebab itulah pentingnya ilmu penyusuan, kena banyak mencari info atau belajar dari mereka yang berpengalaman.

2. ADALAH BIASA JIKA SAKIT SEMASA MENYUSU
Tidak benar ye. Kesakitan pada puting semasa menyusukan bayi adalah disebabkan pelekapan yang tidak sempurna atau lekapan yang salah. Kesakitan mungkin boleh berlaku untuk beberapa hari namun adalah tidak normal untuk ianya berlarutan. Jika kesakitan berlarutan, ibu boleh rujuk kepada yang pakar untuk selesaikan masalah anda yang mungkin menyusukan dengan cara yang tidak betul.

3. SUSU TIDAK CUKUP SEMASA 3-4 JAM PERTAMA KELAHIRAN.
Bukan tidak cukup tetapi semasa itu bayi belum pandai melekap dengan betul dan minum susu dengan betul. Maka kemungkinan sedikit sahaja susu yang dapat diminumnya. Pertama sekali selepas kelahiran pastikan bayi mendapat susu awal iaitu kolostrum yang kaya dengan zat yang tidak terbanding. Ianya umpamakan cecair emas dan boleh mengenyangkan perut bayi yang masih kecil.

4. BAYI PERLUKAN AIR MASAK TAMBAHAN PADA CUACA PANAS.
Tidak benar sama sekali!. Susu ibu mengandungi air yang secukupnya untuk bayi, maka air tambahan adalah TIDAK PERLU. Bahkan bahaya jika berikan air masak pada bayi sebelum berusia 6 bulan.

5. Basuh puting setiap kali selepas menyusu.
TIDAK BENAR. Ini tidak boleh disamakan dengan botol susu kerana jika tidak dibasuh dengan betul, ia berupaya mengumpul kuman. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan. Jika dibasuh maka ia boleh menghilaangkan minyak pelindung pada puting.

6. Menyusu botol lebih senang dari menyusu badan.
Yang jadi susah tu sebab ramai yang tidak mendapat bantuan atau tidak cukup info tentang penyusuan. Bila tiada ilmu di dada maka kita akan jadi mudah berputus asa dan rasa susah. Sebaiknya semasa mengandung lagi carilah ilmu tentang penyusuan.

7. SUSU FORMULA KANDUNGANNYA SAMA DENGAN SUSU IBU
Tidak sama sekali ye. Susu formula tidak mengandungi antibodi, tidak mengandungi enzim, tidak mengandungi sel-sel hidup. 

8. Berhenti susukan bayi jika bayi menghadapi cirit birit atau muntah.
Ye, boleh hentikan makanan lain tapi TERUSKAN MENYUSU. Sebab susu badan adalah terbaik dan boleh melawan jangkitan. Susu ibu sudah cukup menampung keperluan bayi pada ketika ini.

9. Ibu kena makan banyak untuk dapatkan susu yang banyak.
Oh tidak sama sekali! Kalau begitu sudah pasti ramai ibu menyusu jadi gemuk:) Makan ikut keperluan sahaja dan bukannya makan fikirkan untuk 2 orang. Amalkan diet sihat dan makan berpada-pada.

10. Wanita yang mempunyai PAYUDARA KECIL mempunyai susu yang sedikit berbanding wanita dengan payudara besar. Mengarut!

Sunday, May 11, 2014

Petua Menambah Susu Badan

Ibu mana yang taknakkan sesuatu yang terbaik untuk anak kan? Sy yakin mana-mana ibu mesti ingin memberikan susu badan kepada anaknya. Namun perjalanan dalam menyusukan bukanlah sesenang yang disangka. Amat sukar tambah2 lagi ibu yang bekerja terpksa menyimpan stock untuk bekalan anak sewaktu bekerja, kadang2 susu meriah, kadang2 susu merundum. Tapi TRUST yourself and determination yang tinggi sgt membantu anda menyusukan anak sehingga 2 tahun. Ramai yang tidak berjaya kerana cepat give up. So mommy jgn give up, jgn mudah stress sbb bila stress keadaan hanya akan jadi lebih teruk. Banyakkan direct feeding dan pumping yang kerap InsyaAllah u will succeed:)

Bonding thru breastfeeding
Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Tak semestinya nak menyusu kene beli supplement mahal2, lainlah bagi mereka yang berkemampuan dan ingin lebih senang. Tapi bagi those yang tidak, anda boleh mencuba petua tradisional ini yang memang digunakan turun temurun:)

Berikut adalah bahan-bahan yang terbukti membantu menambhkan kuantiti pengeluaran susu:

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya adalah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Ingat DEMAND VS SUPPLY is always priority, untuk berjaya mesti faham konsep penyususan dulu, so mommies jangan give up STAY CALM and LET'S BREASTFEED our babies:)


Thursday, May 1, 2014

Pemerahan susu ibu menggunakan tangan

Tahukah ibu-ibu bahawa pemerahan susu boleh dilakukan tanpa menggunakan alat bantuan khas? Dengan menggunakan tangan, pemerahan susu bukan sahaja paling mudah, berguna tetapi juga lebih bersih. Kaedah ini juga boleh dilakukan di mana-mana tanpa ibu khuatir akan ketiadaan alat bantuan pemerahan susu. Perlu diingatkan, sebelum melakukan pemerahan susu dengan tangan, pastikan tangan ibu dibersihkan dengan menggunakan sabun dan air bersih. Bersihkan kawasan areola dan puting dengan menggunakan air suam. Anda harus menenangkan fikiran, dan bayangkan wajah bayi anda untuk merangsang pengaliran susu. Kemudian ikuti beberapa panduan yang lebih mendalam untuk para ibu sebelum melakukan pemerahan.


Urutan                                                                                     
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payudara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu. Pastikan ibu duduk atau berdiri dengan selesa dan pegang bekas dekat dengan payudara ibu.


Sentuhan
  • Ibu perlu merasa kawasan hujung areola (tampuk hitam) sehingga menjumpai kawasan di mana payudara yang mempunyai rasa yang berbeza. Ibu akan merasai seperti berbiji-biji. Ini adalah kawasan di mana terletaknya saluran susu.

Mengampu
  • Letakkan ibu jari pada kawasan berbiji-biji tersebut dan jari telunjuk diletakkan bertentangan ibu jari atau sebaliknya. Ibu boleh mengampu payudara dengan jari yang lain atau menggunakan tangan yang sebelah lagi.

Menekan
  • Tekan payudara ke belakang, kearah dada dan kemudian dengan perlahan-lahan tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak. Ini akan membantu pengeluaran susu.

Penitisan susu
  • Tekan dan lepaskan, tekan dan lepaskan berulang kali sehingga susu menitis keluar. Ulangi beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payudara.

Perahan susu
  • Perah susu ke dalam bekas yang bersih dan disteril.

Merangsang
  • Perah setiap payudara. Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekirannya pengaliran susu telah berhenti. Ibu boleh berhenti seketika dan mengurut payudara untuk merangsang aliran susu dan menyambung perahan semula.

Keringkan
  • Setelah selesai, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting

Penyimpanan
  • Simpan kuantiti yang mencukupi di dalam satu bekas untuk satu kali penyusuan sahaja.
  • Sebagai tips untuk para ibu, perahlah susu ibu dengan lebih kerap, lebih kurang 2 jam sekali atau apabila payudara terasa penuh. Jangan lupa mengambil pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi memenuhi keperluan ibu yang menyusu.

All the best BF moms;) 
So takde pump yang canggih sekalipun x semestinya kita tak boleh pam susu kan.

Sumber: MW

Hubungi sy your beloved SID ( ila) utk dapatkan supplement Shaklee yang berkualiti dan berkesan drngan konsultasi percuma dan berterusan.
Call/SMS/Whatapps: 010-2204959
FB page: Rahsia Senang Hamil
                Medelavent

Monday, December 2, 2013

ESP SOY PROTEIN LUAR BIASA!!


Kat mana2 pun ramai yang bercerita tentang ESP. Product terbaik Shaklee yang memang terkenal sejak dahulu lagi. What makes ESP so special berbanding soy protein jenama lain? Pengambilan supplement berasaskan soy protein tak boleh diambil remeh mestilah memenuhi kriteria tertentu dan paling penting selamat untuk tubuh badan:)

ESP yang sgt istimewa!


7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protein tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Sebab tulah ESP SHaklee sgt superb jadi rebutan ramai..sesuai utk semua peringkat umur.. Penghasilan ESP tu sendiri sgt2 teliti membuatkan ESP tu sendiri jauh berbeza dengan soy protein yang lain..

Nak order ESP pada harga ISTIMEWA?? Senang sahaja hubungi sy distributor anda:
Halilah Hassan (Shaklee ID: 894213)
FB Fanpage: Medelavent

Sunday, April 21, 2013

Susu merudum waktu period? Apa puncanya?

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa tahap kalsium dan vitamin D (yang diperlukan untuk menyerap kalsium) menurun dalam fasa haid antara ovulasi dan tempoh haid (in other words waktu separuh kedua kitaran haid anda). Wanita yang mengandung atau menyusukan juga mempunyai keperluan kalsium yang lebih tinggi. Jadi kalau kalsium dalam badan menurun, bagaimana nak hasilkan susu yang banyak utk anak anda.

So mommies semua jangan ambil ringan tentang keperluan kalsium dalam badan kita. badan kita ni nak pakai lama betul x? So ambillah kalsium yang mencukupi iatu 1000mg sehari.



Sumber kalsium ada dalam pelbagai bentuk paling femes susu dan hasil-hasil tenusu. Tapi tak semua mummy suka minum susu malahan ada yang alah dengan hasil-hasil tenusu ini.  Sumber kalsium juga boleh didapati dari sayuran hijau sepert brokoli, kekacang, soya , ikan bilis dan sardin. Namun cara  kita memasak makanan tersebut hakikatnya telah sedikit sebanyak mengganggu khasiat kandungan bahan tersebut. Ini antara sebab saya memilih Ostematrix Shaklee.



Siapa yang patut cuba Ostematrix ni?
1.mereka yang sering keletihan
2.sering mengalami sakit belakang
3.anggota badan sering cramp
4.sakit bahagian leher dan tengkuk
5.tumit kaki pecah dan kasar
6.susah bangun tidur
7.sakit kepala yang kerap @ migraine
8.sering sakit gigi
9.Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
10.Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun

Jom cuba Ostematrix Shaklee. 4 biji = 2 gelas susu. Sangat2 sesuai diambil oleh ibu yang menyusu dan mangandung. Sy sendiri telah mencuba kesannya memang marvelous! nak dapatkan harga kasih sayang? PM saya jom!

Ila - 894213

SMS/Whatapps/Call: 010-2204959
Fanpage: Medelavent

Saturday, April 20, 2013

Kenapa Set Berpantang Shaklee Jadi Pilihan?

Di pasaran terdapat pelbagai set ibu berpantang yang boleh kita didapati. Tapi adakah semuanya sama?


Saya mula mengenali set berpantang shaklee semasa berpantang anak kedua. Perbezaan yang ketara adalah susu badan sangat banyak dan pembuangan menjadi lawas dan lancar. Bukan apa, pembuangan yang lancar sangat perlu bagi ibu dalam pantang kerana minggu pertama semasa biasanya kita agak sedikit ngeri untuk membuang disebabkan luka kesan dari proses bersalin masih lagi belum pulih.

Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya Alfalfa sebagai medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini. 

5. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Faham-faham sahaja lah cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

Kita tengok apa kata mereka yang telah mengambil set berpantang Shaklee dan berpuas hati dengannya:






Jom hubungi saya (ila), 010-2204959  untuk maklumat lanjut set berpantang Shaklee! I'm happy to help:)

Credit to : Mummy Wan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...