Sunday, March 29, 2015

Cara Kembalikan Semula Susu Ibu yang Merundum

Assalamualaikum salam sejahtera! Moga anda semua dalam limpahan rahmatNYA.

Okeh topik harini khas buat ibu2 yang sedang breastfeeding baby mcm saya. Alhamdullilah rezeki baby Jannah lebih drpd cukup dah penuh fridge tak tahu dah nak simpan mana stock EBM, nasib baik abgnya Haziq boleh minum. So, bolehlah menghabiskan sedikit stock EBM tu sementara nak beli deep freezer baru;)

Memang bertuah bila dapat menyusukan anak sendiri, tp tak semua yang ada 'tuah' tu kdg2 ada ibu-ibu yang dah habis pantang susu terus merundum, tak semeriah seperti dalam pantang. Lama- kelaman ibu jadi give up then terus decide untuk top up dengan formula. Oh no! BIG No!


Sebenarnya ada cara sgt berkesan untuk kembalikan semula 'kemeriahan' dan keseronokan menyusu badan. Saya sendiri telah menggunakan teknik ni. Alhamdullilah tak dinafikan sangat- sangat berkesan kepada saya!

Kaedahnya adalah POWER PUMPING!

Apa itu power pumping?

Power pumping adalah kaedah mengepam yang berbeza daripada biasa. Ia boleh membantu untuk merangsang semula pengeluaran susu bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum atau jika ingin menambahkan stok susu perahan.

Untuk Siapa?

  • Ibu angkat yang mahu menyusukan anak
  • Ibu yang mahu relaktasi - menyusu semula selepas anak berhenti menyusu badan
  • Ibu yang menghadapi masalah supply susu merudum akibat pelbagai faktor

Ada pelbagai cara power pumping dijalankan. Ibu boleh pilih mana yang sesuai dengan ibu.

KAEDAH 10 minit

  • Pilih hari minggu, dicadangkan awal pagi, pukul 5-6 pagi sebelum subuh. Masa diambil lebih kurang 1 jam.
  • Jika menggunakan pam double pam, pam selama 20 minit - rehat 10 minit dan pam lagi untuk 20 minit - rehat lagi selama 10 minit.
  • Jika menggunakan single pump, sesuaikan masa tadi. Pam sebelah 10 minit, tukar ke payudara sebelah selama 10 minit. Ulang setiap payudara, 10min kanan > 10min kiri > 10min kanan  dan seterusnya.
  • Jika bayi mahu menyusu, berikan dia menyusu dan sesuaikan masa untuk sambung mengepam selepas itu.

Teknik ni saya gunakan semasa menyusukan hannah dan haziq dulu. Tak dinafikan memang ada waktu dan ketika di mana production susu agak drop especially bila stress bekerja atau menjalani kehidupan seharian sebab tu sgt tak elok ibu2 menyusu ni stress ya!

Selain power pumping suke saya tekankan juga ibu ibu wajib fahami konsep asas breastfeeding ni. Kalau konsep tak lepas impian anda nak menyusu akan tinggal kenangan.

Konsep penyusuan yang anda wajib fahami!

1- Demand vs supply, badan kite macam kilang kepada anak yang kita susukan. Makin banyak permintaan daripada bayi yang  menyusu makin banyak la badan kita akan hasilkan susu. Sebab tu teramatlah penting untuk kita kosongkan payudara sekerap mungkin. Sekurangnya pam atau menyusukan anak secara direct feeding setiap 2-3 jam.

2- banyakkan direct feeding, walau semahal mana pam yang anda beli tapi hisapan baYi adalah the best untuk stimulate susu untuk terus keluar. Selagi anda boleh direct feeding, teruskan direct feeding!

3- Pilih lah pam susu yang sesuai, tidak menyakitkan dan selesa buat anda. Tidak perlu mahal. Sy galakkan untuk invest kepada pam jenis elektrik sbb ibu akan rasa kurang penat especially kalau ibu mmg kerap mengepam.

4- Minum air secukupnya.Recommended amount 2 hingga 3 liter sehari. 

5- Jangan abaikan pemakanan seimbang. Seeloknya ibu makan mengikut carta piramid makanan. Lebihkan pengambilan kalsium dan protein dalam diet harian. Sumber protein  drpd tumbuhan seperti soya adalah sangat baik kerana ianya bebas lemak dan proteinnya tidak mudah termusnah. Protein pilihan saya pastinya dari ESP, bukan hanya source protein terbaik malah ianya dilengkapi dengan kalsium, rendah index glisemic untuk mengekalkan tenaga dan rasa kenyang supaya ibu kekal slim dan ESP hadir dengan leucine untuk menganjalkan skin ibu yang  menyusu.

Ibu juga boleh mengambil multivitamin dan alfafa yang sgt terkenal sebagai raja tumbuhan untuk membantu menggalakan pengeluaran susu ibu secara tradisional. Saya telah menggunakan alfafa sejak menyusukan hannah. Mmg sangat membantu. Alhamdullilah hannah berjaya menyusu sehingga hampir 2 tahun tanpa bantuan formula langsung. Sy terpaksa stop sebelum umur hannah 2 tahun atas sebab mengandungkan haziq kalau tak mmg teringin sgt nak menyusukan dia sehingga genap 2 tahun. Inilah pakej basic yang saya guna sejak 4 tahun yang lepas!👇👇


6- Last yang ramai antara kita miss nak buat iaitu doa! Jangan putus asa dan berhenti berdoa agar diberikan kekuatan serta rezeki untuk terus menyusu badan.InsyaAllah niat yang baik akan diperkenan olehNYA. Ibu- ibu menyusu kena kuat, dan sokongan dari orang sekeliling especially suami amat penting. So wahai suami please sokong isteri masing- masing ya😉.

Itulah 6 basic yang wajar anda buat terlebih dahulu. Power pumping atau milkbooster takkan berkesan jika anda tak memahami dan mengamalkan 6 konsep di atas ni.

Psstt! Ini antara hasil pumping saya 23 oz sekali pam! Saya yakin ibu- ibu semua pun boleh!



Till then happy breastfeeding to all moms;)

Xoxo❤️❤️

********************************
Untuk dapatkan product Shaklee pada konsultasi terbaik! Boleh hubungi saya your trusted distributor:


Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent
Penghantaran seluruh Malaysia. Servis COD di sekitar Kluang dan UTM Skudai

======================

NANTI DULU!!! Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee! Hubungi saya harini!!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...