Masalah tiada cahaya mata seringkali dikaitkan dengan wanita..Masyarakat mudah menunding jari kpd wanita apabila lewat melahirkan zuriat. Sebenarnya masalah ini harus menjadi tanggungjawab kedua2 belah pihak iaitu suami isteri.
Kajian menunjukkan punca kelewatan memiliki zuriat seimbang antara ketidaksuburan lelaki dan wanita. Masing-masing menyumbang 30% kepada masalah ini. 10% menunjukkan gabungan ketidaksuburan suami isteri, 25% tidak diketahui apa puncanya dan selebihnya kerana punca lain. Oleh itu, para suami perlu lebih terbuka untuk membincangkan masalah ini.
Terdapat tiga masalah utama kesuburan lelaki iaitu masalah hormon, sperma dan alat sulit itu sendiri. Sekiranya ketiga-tiga punca ini tiada masalah, bermakna tahap kesuburan anda adalah normal. Sperma yang sihat, hormon yang stabil dan alat sulit yang normal akan meningkatkan peluang kehamilan. Jangan lupa, gaya hidup yang sihat juga mempengaruhi kualiti sperma.
Bagaimana nak tingkatkan kesuburan khas utk para suami?
- Amalkan seks yang sihat. Jangan bertukar-tukar pasangan yang tidak sah
- Amalkan diet pemakanan yang seimbang. Banyakkan mengambil buah dan sayuran kerana antioksidan penting untuk menjaga tahap kesuburan
- Kekalkan berat badan yang ideal. Obesiti dilihat sebagai antara punca ketidaksuburan kerana penghasilan sperma yang tidak berkualiti, tidak aktif dan sedikit.
- Elakkan dari tekanan melampau
- Amalkan tidur yang mencukupi. Rehat yang kurang akan menjejaskan fungsi daya seksual dan penghasilan sperma yang tidak berkualiti
- Berhenti merokok
- Berhenti meminum minuman keras
- Banyakkan melakukan aktiviti atau pun pergerakan
- Kerap bersukan
- Pakai seluar/seluar dalam yang longgar
Suami isteri haruslah sama2 berusaha insyaAllah usaha berterusan dari anda berdua bakal membuahkan hasil;)
==========================
Nak order set kesuburan Shaklee dengan konsultasi percuma dan berterusan? Hubungi sy SID kesayangan anda:
Ila (894213)
SMS/Whatapps/hello2: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB Page: Medelavent
===========================
No comments:
Post a Comment