Saturday, June 28, 2014

Jadual Pump Susu di Bulan Puasa

Salam alaik!
Ramadhan kareem muncul kembali, alhamdullilah kita masih diberi peluang untuk berjumpa sekali lagi dengan Ramadhan pd tahun ini;)

Untuk entry kali ini, sy ingin kongsikan dengan anda jadual mengepam susu bagi ibu2 yang sedang breastfeeding. Jadual pump pd bulan puasa mungkin agak 'lari' sedikit bagi sesetengah individu memandangkan corak pemakanan kite yang berbeza. namun, usah khuatir, berpuasa tidak pernah menghalang mommies utk menyusu, malah pengalaman sy sendiri ketika berpuasa production susu tetap banyak seperti biasa. 

So here the tips! Kerapkan pumping kerana rule of breastfeeding is--> 
supply vs demand.



Ok ni dia jadual pumping yang sy ingin kongsikan td;)

Jadual Mengepam Susu

Sesi 1
Pam susu sebelum sahur atau selepas sahur. Ketika waktu ini, hormon prolaktin sangat tinggi dan waktu ini merupakan waktu terbaik untuk anda mengepam susu.

Sesi 2
Ambil masa untuk berehat, Kemudian solat Zohor dan pam susu

Sesi 3
Pam susu anda sebelum pulang ke pejabat. Ketika inilah, biasanya saya menggunakan tangan sahaja untuk memerah.

Sesi 4
Pam susu anda sebelum masuk tidur. Walau anak anda menyusu secara terus di rumah, anda boleh mengepam payudara yang sebelah lagi. 

Konsep paling asas dalam menyusu badan ialah banyak demand, maka banyaklah supply. Jangan kerana letih atau penat, anda langsung tak hiraukan jadual mengepam. Susu anda boleh menjadi kering atau penghasilannya menurun sekiranya anda kurang mengepam.



Selamat mencuba dan moga ia bermanfaat especially buat ibu2 yang baru dlm dunia breastfeeding.

Nak order produk Shaklee dengan konsultasi percuma dan berterusan? Hubungi sy SID kesayangan anda:
Ila (894213)
SMS/Whatapps/hello2: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB Page: Medelavent
===========================

Dapatkan info lanjut tentang keistimewaan menjadi ahli Shaklee. 

Untuk dapatkan harga diskaun sehingga 33% ayuh join keahlian Shaklee harini!



Klik Borang Ahli Shaklee untuk register!:)







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...