Suatu ilmu baru yg saya ingin kongsikan dengan anda kenapa sangat bahaya memandikan bayi terutamanya yang berusia 6 bulan ke bawah menggunakan air sejuk atau dingun. Bahaya di sini dengan kata lain boleh menyebabkan kematian pada bayi anda. Menakutkan bukan?
Urusan memandikan bayi nampak mudah tapi perlu dilakukan dengan cara yang betul dan hati-hati. Bayi wajib dimandikan dengan air hangat kerana memandikan bayi dengan air dingin boleh menyebabkan kesan "hypotermia" yakni keadaan di mana suhu badan turun di bawah paras yang diperlukan untuk metabolisme badan berfungsi iaitu kira- kira 35 degree celcius sedangkan suhu normal manusia adalah 37 degree celcius.
Dr Zubaidi turut menjelaskan lebih lanjut dalam artikel nya tentang hypotermia di mana:
Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau nipis.
Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernafas dan berbahaya kepada bayi.
Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 darjah celsius kerana suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.
So dah tahu kesannya bukan? Oleh itu, berhati2 ketika memandikan bayi anda dan pastikan suhu yang sesuai bagi mengelakkan anak terdedah risiko hypotermia ini;)
No comments:
Post a Comment