Friday, October 10, 2014

Pengalaman temuduga HLP 2015

Asaalamulaikum, selamat berhujung minggu buat mereka yang sedang lepak2 kat rumah..wiken ni sy pasti ramai yang taknak miss bersama anak2 dan suami.

Okey harini topiknya agak berbeza sikit..tentang pengalaman sy menghadiri temuduga biasiswa hadiah latihan persekutuan (HLP) di Cyberjaya di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Actually interview ni dah lama berlalu (kira2 lebih 2 minggu lepas) cume baru berpeluang nak mencoret serba sedikit. Mungkin sedikit sebanyak pengalaman ni boleh membantu mereka yng nak apply utk next year;)

Tanggal 22 september 2014 adalah tarikh interview ku.. hubby pula kebetulan ada kerja di Ampang pd hari yg sama so kami satu family berangkat dari Kluang sehari sebelum..oh ya tak dilupa mak mertua dan adik ipar kesayangan juga terpksa kami ajak join tidur kat satu hotel sebab nak jaga si kenit dua org ni pd 22 september tu. 

Nak ckp pasal nervous..tersangatlah nervous sudah pasti. maklumlah dah lama sangat tak experience any interview kalau tak silap since 4 tahun yg lepas..last interview adalah dgn SPP waktu nak sah dalam perkhidmatan. Soal persiapan sy dah get readydengan proposal and all the supporting doc/resume/certs dan sedikit hasil kerja yg tak seberapa sehari sebelum. kalau last minute lagi hari biru rsnya. lagipun sehari sebelum tu sy ada kelas kat UTM, so mmg kena ready awal coz after class kami akan terus berangkat ke KL.

Pagi tu hubby tolong htrkan ke tempat interview di bangunan Mustafa Kamal, bahagian tajaan, KPM kat Cyberjaya. Seawal pukul 7 kami dah gerak keluar dari hotel kami menginap di Dengkil. better be early, sbb kami mmg tak pernah sampai kat cyberjaya sebelum ni so tak brp familiar sgt. Alhamdullilah tak susah nak cari tempat interview tu so sebelum masuk dalam bangunan tu hubby ajak breakfast dulu..huhu tapi daku sunggu tak lalu makan sampai kan akak kat restoren tu tegur diet ke sikit sgt makan?hihi.. Daku sungguh nerves mmg tak lalu makan kak oii..

Dah siap makan sy terus ke bangunan bahagian tajaan untuk mendaftar. Saya dapat Bilik 7 dan sempat juga sy intai bilangan calon yang satu bidang dengan sy iaitu Fizik -->> seramai 16 orang!! Sgt ramai so for sure it's going to be very competitive sbb pengambilan HLP ni sgt limited dan ada kuota nya. Sy dapat giliran ke 6..Alhamdullilah i loikeee! coz tak awal sgt tak hujung sgt..after daftar usherer meminta calon interview berada di bilik menunggu. Tak dinafikan mmg ramai peserta interview haritu sampai tak cukup kerusi dlm bilik menunggu. Interview bermula jam 8.30 pagi dan peserta angka 1 hingga 3 telah dipanggil ke bilik temuduga ( next 3 mesti sy la kan hihi) so sementra menunggu tu sempat la sy belek proposal dan bca sedikit tentang profil KPM..risau jugak kalau ditanya. sebelum tu nak dijadikan citer dua org member sy yang sama2 wat kpli and fly kat UK dulu pun ada masa interview ni. Tak sangka jumpa diorang kat sini.. So sempat la borak sekejap dengan ann dan ika. Tp dengan ann kejap aje sbb tak silap giliran dia yang ke 3 so awal2 dah kene panggil..habis aje ann interview sy dan ika apa lagi korek la sikit soalan bocor so basically interview tu just about research yg kita nak buat..so u must good at it. Soalan isu semasa tentang pendidkan pun ada selit sekali so since ada masa sikit sempat la sy belek2 sikit pasal isu semasa. waktu tu tgh hott pasal isu soalan UPSR bocor so ku google aje any news psl soalan UPSR..



Lebih kurang 11.30 giliran sy dipanggil utk interview..sempat juga borak2 dengan cikgu2 yang sama bidang dengan sy sebelum masuk bilik utk interview. Sy antara yg termuda baru 4 years service, org kata baru layak utk apply. Kebanyakan yg dtg dah belasan tahun bekerja sgt pengalaman sumbangan pun banyak..ada yang fail tebal2, sumbangan pun banyak. huhu mmg sgt inferior ngan diorang semua.  Oh ya ada juga yang datang kali ke2.. Sememangnya interview ni mmg tough dan sy sgt kagum dengan mereka yang tak putus asa cuba kali ke2 or mungkin ke3 atau ke4.

Ok bercerita pasal temuduga td, sebaik shj loceng berbunyi menandakan giliran sy tiba, ofkos masuk aje terus bagi salam. Sy serahkan 2 copy proposal dan sedikit profile tugas beserta sumbangan sepanjang perkhidmatan kpd 2 org penemuduga.panel temuduga sy kedua2 nya adalah perempuan bertaraf doktor yg sememangnya pakar dlm bidang fizik ni so mcm biasa soalan pertama berkenan dengan latar belakang diri.. So sy fokus kpd latar belakang akademik, sejarah perkhidmatan dan sedikit sumbangan. Pastu salah seorang panel tanya boleh ke nak cope with studies dengan keadaan sy yang dah ada dua org anak? Sy ckp ofkos boleh dan in fact sy mmg dah register as full time master student kat UTM, panel tu agak terkejut and tanya lagi sekali dah dapat approval from KPM ke? Sy just ckp YES but sadly the study leave is unpaid and without scholarship ( iaitu under program CBTGTB) apa lagi sy terus lah ckp "sebab tu sy sgt bersyukur apabila dipanggil utk interview ini dan sgt berharap dapat scholarship ni" ( TIPS: penting tau tunjukkan kesungguhan dan show kita betul2 nak) 

So soalan seterusnya more kpd proposal. Nak dijadikan cerita proposal sy agak teruk kene hentam.. Sy memilih tajuk solid state lighting --> LED iaitu more kpd semiconductors physics..letih juga sampai tahap nak down bila asyik kene provoke dengan soalan2 pelbagai.. Termasuklah kata sorang interviewer tu u nak buat research ni dlm masa 2 tahun ke? Topik ni tak berkaitan dengan ilmu fizik? Sy agak konfius bila ditanya begitu Tp papepun alhamdullilah sy dah cuba yg terbaik.. And walaupun perasan bercampur baur tp sy puas hati kerana banyak soalan dpt dijawab sehabis baik dan panel tu ada juga angguk2 mcm setuju dengan apa yg sy terangkan.interview sy boleh dikatakan 90% in English jadi sy galakkan anda mantapkan english selain drpd persediaan fizikal dan mental.yang penting mesti konfiden dan cuba jwb soalan yg ditanya sehabis baik;)


So lastly at the end of the interview tu panel tu say good luck dan doakan sy success dalam studies sy.. Panel2 tu sgt friendly and soalan provokasi semua tu mungkin sbb mmg tugas dia as interviewer yg mmg kene provoke kita pun.. ;)

Inilah sedikit sebanyak pengalaman yang dpt sy kongsikan bersama. Tak banyak gambar yg boleh snap sbb nerves punya pasal hehe..

Jika berjaya saya amat bersyukur dan  pastinya rezeki tu utk sy kongsikan dengan anak2, parents dan keluarga, namun jika tidak sy yakin Allah dan aturkan sesuatu yg terbaik dan pengalaman yang sy timba ni sesuatu yang tak ternilai yang telah sy pelajari;)

InsyaAllah sy akan updet keputusan temuduga ini bila keputusan dah keluar nanti;)

Till then xoxo!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...