Assalamualaikum
Salam sejahtera!
Wah entry kali ni lain drpd biasa nampaknya.. hehe, ya sy nak share pengalaman sy sendiri melahirkan 2 org anak. Yan pertama agak sukar, tp yang kedua Alhamdullilah dipermudahkan lebih mudah.
Sebenarnya teknik meneran yang betul sangat penting dalam memudahkan proses bersalin disamping mengelakkan berlakunya implikasi pada ibu dan baby yang bakal dilahirkan. Nasihat saya, banyakkan membaca walaupun anda dah ada pengalaman bersalin sebelum ni. Walaupun bacaan hanyalah sekadar teori tapi trust me ianya sangat membantu. One more thing dengar cakap doktor, jangan push jika tak berlaku contraction. Selain itu, support drp suami juga amat diperlukan di kala menghadapi sakit waktu bersalin, para suami please try your very best to stay with ur wife throughout the journey of birth di samping banyakkan baca doa-doa bagi memudahkan proses bersalin :)
my baby haziq! sorry gambar tak brp ada kaitan:D |
============================
Berikut ada teknik yang anda boleh aplikasikan. Jadikan ini sebagai satu latihan teori agar anda boleh bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sebenar kelak.
- Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan membayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar.
- Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil.
- Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan doktor dan jururawat.
- Bila berlaku kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali.
- Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka.
- Jangan sesekali mengangkat punggung kerana hal ini boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat.
- Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
sumber MW
==================
Nak order produk Shaklee dengan konsultasi percuma dan berterusan? Hubungi sy SID kesayangan anda:
Ila (894213)
SMS/Whatapps/hello2: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB Page: Medelavent
===========================
No comments:
Post a Comment