Saturday, September 6, 2014

Tips Pemilihan Kolagen


Bila cakap pasal cantik, orng perempuan lah pastinya paling terujeee nak dengar! Semua nak cantik nak gojes betul x? Collagen antara product yang paling banyak dijual di pasaran lately.. mcm2 jenis collagen just name it.. ada yg murah ada yang mahal..ada yang bentuk makanan, minuman, cucuk and sabun kolagen pun ada tau!


Tapi adakah anda pasti telah memilih kolagen yg betul2 berkesan, bermutu and penting selamat? nak beli kolagen tak boleh tangkap muat aje.. ada tips2 nya jom baca!


my favourite collagen. sgt sedap bila di mix dengan sunquick oren:)


1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan

2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.

3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.

4.Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan

5. Pastikan collagen yang anda beli itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri

6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. Bonus kat situ!

7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.


Cer cek balik kolagen yg anda makan tu ada tak kesemua kriteria ni? Kalau ada means anda betul2 telah memilih kolagen yang betul utk kecantikan jangka masa panjang.. kalau tak let's switch tu SCP-->SHAKLEE COLLAGEN POWDER!!!!Clinically research menunjukkan effect poitif kepada pengguna seawal 8 minggu penggunaan..

PLUS bulan ni anda dapat beli SCP pada harga yg cukup cukup istimewa!! Pembelian more than 1 box akan melayakkan anda dapat EXTRA special berganda-ganda:)

 


Untuk dapatkan product Shaklee boleh hubungi saya your trusted distributor:

Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent

Penghantaran seluruh Malaysia. Servis COD di sekitar Kluang;)
=================

Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE

GLA penyebab cyst dan Rahim bengkak??!

Isu GLA complex vs cyst jadi bualan hangat setelah seseorang individu bergelar cikgu men viral kan akan pengalaman beliau beserta rantaian mesej2 yang disembunyikan identiti tentang pengalaman buruk mengambil GLA terus rahimnya menjadi bengkak dan cyst membesar. Fuh bikin kecoh di Facebook.

GLA ada KKM nampak tak, takkanlah product yang ada KKM bahaya kan badan kan kan?

Ramai juga customer sy yang mohon penjelasan. Alhamdullilah tak sangka mereka sangat positif tidak bertindak  membuta tuli tanpa usul periksa. 

Bagi mereka yang inginkan info lanjut tentang post hangat tersebut boleh KLIK di sini.

Pandangan peribadi saya berhati- hati lah dalam menyebarkan sesuatu maklumat termasuklah those yang suka klik button 'share'. Ingat apa yang anda sampaikan itu jika tidak benar akan menjadi FITNAH dan rasanya semua org tahu dosa fitnah sama dengan dosa....? ( fill in the blank ye)

Seeloknya kita bercakap berlandaskan dengan ilmu dan concrete evidence bukan berdasarkan pengalaman atau perspektif individu semata.

Jika tiada bukti kukuh seperti kajian klinikal, atau laporan perubatan, tuduhan tersebut dikira tak berasas. Pergi court pun takde sape nak layan beb! 

Okay suka saya kongsikan sedikit ilmu yang sy baca melalui beberapa blog pakar hamil tentang fibroid. Menurut pakar sakit puan tak semua individu yang mendapat fibroid menunjukkan tanda atau simptom fibroid. Dan sekiranya ada tanda, tanda tersebut berbeza, ada yang kuat, ada yang sederhana. 

Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti. Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).


Dan nak dijadikan cerita bila dah ambil supplement seperti GLA tanda2 tersebut jadi obvious, apalagi terus salahkan supplement yang menyebabkan fibroid dan rahim bengkak sedangkan sakit tu mmg dah lama ada. Dan secara logiknya takkanlah hanya dengan memgambil GLA shaklee dalam masa 2 bulan terus cyst atau fibroid yang langsung tak pernah wujud   jadi besar sampai 5-6 cm dan bengkak- bengkak? Sgt tak masuk akal kan?

Dan susulan isu tersebut juga shaklee bertindak menghantar surat kpd si polan dan meminta penjelasan oleh beliau and her physician.


Di harap selepas ini isu2 yang tidak sahih jgnlah digembar- gemburkan. Jgn sampai pihak pengurusan shaklee mengambil tidakan menyaman individu2 ini. Kes naya nanti, kalau dah saman takde nya 20,30 ringgit, mau ribuan atau jutaan ringgit! Dan sebagai seorang yang bekerjaya professional seharusnya kita bertindak dengan saluran yang betul, bukan dengan cara ingin menjatuhkan sesuatu organisasi hatta memburukkan perniagaan/ prodct org lain.. 

Jika benar produk Shaklee yang anda makan adalah merbahaya. Anda hanya perlu buat langkah-langkah di bawah. 

  1. Dapatkan BUKTI BERTULIS dari PAKAR PERUBATAN dan termasuklah BUKTI KAJIAN MAKMAL.
  2. Dan selepas itu anda boleh buat report kepada bertulis di laman web ini BPFK Reporting medicinal problems (CONSUMERS)
  3. Dan jangan lupa buat report polis di balai polis yang berdekatan.
  4. Dan lagi proper, maklumkan pada Shaklee secara bertulis di email customerinquiry@shaklee.com.my.  

Dan jika siapa2 yang mengalami kesan selepas pengambilan vitamin shaklee, itu adalah Healing Krisis atau Proses Pemulihan. Maklumat lanjut tantang healing krisis boleh berhubung dengan Distributor anda masing-masing;)

Untuk dapatkan product Shaklee boleh hubungi saya your trusted distributor:

Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent

Penghantaran seluruh Malaysia. Servis COD di sekitar Kluang;)
=================

Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE

Tuesday, September 2, 2014

Keistimewaan Vitamin C Shaklee yang tiada pada jenama lain.

Salam alaik!

Hanya santai2 shj topik malam ni berkisar tentang Sustained Released Vitamin C yang sgt digemari wanita terutamannya mereka yang obses pada kecantikan;)

Mungkin ada yang tak tahu bahawa Vitamin C termasuk dalam hottest product Shaklee sehingga pernah out of stock sehingga hampir setahun pada tahun 2013. Waktu tu mmg ramai yang personal inbox bertanyakan vitamin C ini tapi apakan daya stock hanya muncul kembali kalau tak silap saya Oktober tahun lepas dan waktu tu ada SID yang borong 100 botol. Dashyat! Mmg mandi vitamin c la jawabnya😁😁

So, apa keitimewaan vitamin C Shaklee yang membuatkannya sgt digemari ramai?

Dan..

KENAPA WAJIB BELI VITAMIN C 500mg SHAKLEE?


1- Harga Vitamin C Shaklee sgt murah. Retail price RM94.50 shj utk setiap botol yang mengandungi 180 tablets.

2- Tahan lama sangat lama dan jimat! sebotol ada 180 tabs boleh use up to 6 months! So kalau kita kira2 balik, sebulan kita hanya belanjakan lebih kurang RM15.75 utk vitamin C ini. Jimat kan?

3- Sudah pastinya Vitamin C Shaklee bukan sekadar untuk cantikkan wajah tetapi more than that!!--> untuk kesihatan gusi, untuk bantu sintesis kolagen, sebagai imune booster bagi yg selalu demam and selesema, also bagus utk pesakit resdung!

4- Vitamin C Shaklee boleh juga dibuat masker. Ketahui cara- cara membuat masker vitamin C di sini;)

5- Vitamin C shaklee dihasilkan dengan teknologi "sustained release" di mana ianya dilepaskan perlahan -lahan kedalam tubuh agar badan kita sentiasa dibekalkan dengan Vitamin C sepanjang hari.

6- Paling utama Vitamin C Shaklee adalah organik bukan sintetik? Ketahui perbezaan vitamin organik dan sintetik di sini!



Untuk dapatkan product Shaklee boleh hubungi saya your trusted distributor:

Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent

Penghantaran seluruh Malaysia. Servis COD di sekitar Kluang;)

=================

Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE




Monday, September 1, 2014

Promosi Mealshake Beli 3 Percuma 1

Assalamualaikum salam sejahtera.

Masuk september di tahun 2014. Alhamdullilah kita dikurniakan nikmat sihat dan bahagia yang tidak putus - putis dariNya.

Bercerita pasal September, seperti biasa di pagi 1 hb Shaklee akan htr mesej kpd para distributor tentang promotion bulanannya.

Surprisingly bulan ni ada dua promotion iaitu BUY 6 FREE 1 collagen powder dan satu lagi pastinya tak lain tak bukan Mealshake Buy 3 Free 1.



Sudah pasti peminat Mealshake tak ingin melepaskan peluang keemasan ni. Mana taknya promotion buy 3 free 1 belum pernah wujud sebelum ni. 

Okay bagi yang belum pernah try mealshake ni mesti nak tau kegunaanya kan? Siapa sesuai amek Mealshakes ni ya?

Ramai customer sy beli Mealshake utk anak - anak mereka. Ini kerana mealshake terbukti berjaya membantu :

  1. Mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak
  2. Meningkatkan selera makan
  3. Menambahkan berat badan bagi anak yg terlalu kurus
  4. Kaya dengan multivitamin dan multimineral yang sgt bagus untuk kanak- kanak.

Pastinya bukan sahaja kanak2 above 1 year tp the whole family pun pasti sukakan Mealshake. Ianya sgt sesuai diminum seisi keluarga.

Rasa ala2 aiskrim vanilla yg sangat sedap  bukan kids aje yg suke dewasa pun teringin nak minum. Sgt simple disediakan hanya mix dgn favourite drinks , shake and minum! Buat ais blended pun sgt sedap;)

Okay apa lagi jom dapatkan Mealshake dengan promosi BUY 3 FREE 1 harini.

Untuk order boleh hubungi saya your trusted distributor:

Ila (SID:894213)
Whatapps/SMS/Wechat: 010-2204959
FB: Halilah Hassan
FB page: Medelavent

=================

Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE




Saturday, August 30, 2014

Basic H Pencuci Botol Selamat!

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Hari ni jom kita citer2 psl basic H yang pernah jadi kontroversi sekejap dek kerana penangannya yang boleh membuatkan puting botol susu berkeladak jadi bersinar serta merta hanya menggunakan beberapa titik
Basic H.
                                   
                                                                   credit gambar

Inilah gambar yang di viralkan oleh seseorang individu (lebih tepat competitor shaklee) yang menyatakan basic H sama sekali tidak sesuai dijadikan pencuci botol dan puting kerana di botol Basic H tidak dinyatakan akan fungsi tersebut. Individu tersebut siap upload fungsi sebenar Basic H beserta print screen email beliau dengan customer service Shaklee.

Rilek brader brader rilek.. Kami distributor sebenarnya dah agak 'lali' dengan isu ini.. Jom sy terangkan hal yang sebenarnya dan kasi sejuk sikit isu HOT ni.. 
 
Sebelum tu lihat apa yang telah Shaklee claim terhadap pencuci serbaguna Basic H ni. Anda juga boleh baca info ni di SINI
Di dalam info tersebut ada dinyatakan Basic H Shaklee sebagai pencuci serbaguna yang dihasilkan daripada ekstrak jagung dan kelapa. Di samping itu, Shaklee juga ada claim bahawa pencuci Basic H ialah sejenis pencuci bersifat SURFACTANT. SURFACTANT berbeza dengan DISINFECTION yea. Anda boleh gali lagi info pasal SURFACTANT dan DISINFECTANT di WIKIPEDIA

Mari kita lihat pula kandungan jenama pencuci botol yang sememangnya terkenal di negara kita. 

Basic H Shaklee

Salah satu kandungan jenama ini yang sangat familiar dan sentiasa kita dengar ialah PARABEN. Anda bacalah sendiri apa itu PARABEN di SINI

Walaupun jenama ini juga disahkan sebagai pencuci botol bersifat SURFACTANT, namun kandungan-kandungan lain yang terdapat di dalam jenama ini masih lagi terlibat dengan bahan kimia seperti mana terang2 ditunjukkan di bahagian belakang botol tu.

So kalau dilihat & difikir 2,3 kali agak- agak yang mana lebih selamat? 
Kalau sy sudah pastinya memilih basic H selain drpd sgt powerful dari aspek membersihkan botol dan puting susu, ianya juga jauh sgt selamat berbanding pencuci yang memang sedia kita percayai selama ini. 

Jika anda telah pun membuat pilihan bijak untuk menggunakan Basic H sebagai pencuci serbaguna di rumah anda, boleh hubungi sy harini. Jom jadi pengguna yang lebih bijak!

=======
Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!



Saturday, July 19, 2014

Punca - Punca Lelaki Tidak Subur


Lazimnya wanita selalu dipersalahkan bila pasangan itu gagal mendapat zuriat. namun ini adalah tidak benar sama sekali. Pada masa ini hampir 1 dalam 6 pasangan yang berkahwin akan mengalami kesukaran untuk hamil. Kira-kira 30 % daripada kes-kes adalah disebabkan oleh masalah kesuburan pada lelaki itu, 30 % kepada masalah kesuburan pada wanita, 30% lagi kedua dua pasangan itu mengalami masalah dan 10 % yang lain dengan sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan.


Jika anda mempunyai hidup berkelamin seperti biasa dan mengamalkan seks tanpa perlindungan untuk lebih daripada satu tahun (atau enam bulan jika anda lebih daripada 35 ) tetapi gagal hamil anda haruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan penilaian lanjut.
Antara faktor faktor yang boleh menjejaskan kesuburan lelaki adalah: 
1. Merokok
2. Minum arak banyak
3. Mengambil steroid anabolik
4. Mengambil ubat-ubatan tertentu, termasuk terapi penggantian testosteron
5. Pernah menjalani rawatan untuk kanser seperti radioterapi atau kemoterapi
6. Pemakanan yang kurang baik
7. Terdedah kepada racun, seperti racun perosak
8.  Menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung dan mengambil ubatan ubatan yang boleh menyebabkan impoten. Mempunyai masalah tersumbat dalam saluran ejaculatory mereka yang menghalang sperma daripada memasuki cecair air mani . Jika vas deferens atau tiub epididimis tersumbat atau rosak, mereka boleh menghalang sperma anda daripada mendapat telur pasangan anda. Jangkitan, kecederaan, kecacatan kongenital, atau vasectomy yang boleh menyebabkan tersumbat ini.
10.  Mengalami Varicoceles (urat diperbesarkan , sama seperti vena varikos, dalam skrotum) meningkatkan suhu dalam testis, yang boleh menjejaskan pengeluaran sperma.
11. Mempunyai masalah kualiti sperma
Jika anda mempunyai masalah kekurangan sperma (oligospermia), sperma yang kurang aktif, atau sperma yang berbentuk luar biasa, sperma anda mungkin tidak dapat untuk menyuburkan telur pasangan anda.
12. Antibodi anti-sperma
Badan anda boleh membangunkan antibodi yang membunuh sperma anda sendiri , biasanya selepas vasectomy, jangkitan , atau trauma.
13. Masalah kesuburan yang tidak dapat diketahui (unexplained infertility)
Sesetengah pakar berfikir toksin alam sekitar boleh menjadi faktor penyumbang, tetapi tidak ada hubungan langsung antara kesuburan dan masalah-masalah ini mungkin telah disahkan.

Sumber: ipohgynae
=============


Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE




Nampak muda, rasa muda dengan Vivix!

July hampir berakhir, bermaksud promo VIVIX buy 6 FREE 1 yang hebat juga bakal berakhir! Satu set dah licin sapu bersih oleh customer, dan satu set lagi baru order dan on the way bakal bertemu peminat setia nya soon!

Alhamdullilah ramai customer sy yang belikan VIVIX ni utk mak ayah mereka. Tak dinafikan ramai anak2 prihatin yang tak lokek kluarkan duit utk parents masing2, kalau berkemampuan apa salahnya, apa sangatlah harga sebotol VIVIX dengan kesihatan mak ayah kita bukan? 

Selain drpd fungsi VIVIX yang terbukti membantu ramai pesakit2 kronik seperti kencing manis,stroke, kanser menjalani hidup yg lebih selesa, VIVIX juga berfungsi sebagai supplement anti- penuaan;) bukan sahaja nampak muda dari usia tetapi juga dapat menjalani aktiviti seharian seperti mereka yang masih muda!


Kenapa agaknya VIVIX ini adalah supplement anti penuaan yang hebat sehingga digelar 'tonik ajaib'?

Kalau anda ingin tahu, kehebatan VIVIX ini ada pada kandungan polifenol di dalamnya. 

Apa itu polifenol? Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi kuasa antioksidan yang luar biasa dan dilengkapi sel anti-penuaan semulajadi. Wah sounds great kan? Dengan pengambilan satu sudu teh sehari apa VIVIX ni boleh bagi kat badan kita?


Secara ringkasnya VIVIX dapat memperlahankan proses penuaan dengan cara:

1- Memperbaiki DNA drpd mengalami kerosakan akibat radikal bebas yg menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat! VIVIX berfungsi memperbaiki, melindungi DNA sel sekaligus melambat kan penuaan terjadi.. senang cite VIVIX bantu lambatkan penuaan dari dalam tubuh secara semulajadi.

2-Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3-  Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. 
Vivix membantu mengembalikan keremajaan. Ini baru cite untuk part anti-penuaan. sebenarnya bukan setakat anti penuaan shj bnyk lagi manfaat VIVIX Shaklee ni.!


Boleh lihat Testimoni VIVIX utk ketahui fungsi VIVIX yang hebat ini;)

==============
Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!



Thursday, July 17, 2014

10 Tips Kurus di bulan Puasa

Alhamdullilah dah masuk hari ke 20 di bulan Ramadhan..how fast time flies kan? Rasa sekejap sangat.. Ramadhan dah hampir berlalu. Bulan penuh keberkatan, bulan yang ramai antra kita tak mahu lepaskan peluang menggandakan amalan2 sunat. Pastinya ramai yang akan merindui bulan ni lagi..;)

Alhamdullilah rezeki Ramadhan juga tak putus2..mungkin berkat Ramadhan order tuk Shaklee sangat laju especially order set slimming Shaklee!! Rupanya sangat ramai customer yang taknak lepaskan peluang utk kuruskan badan di bulan puasa ini;)



Antara yang mendapat sambutan sudah pasti pakej slimming bajet ini...

Set asas slimming shaklee ini terdiri daripada:

1- Lecithin : berfungsi sebagai pembakar  dan pemecah lemak2 degil kpd molekul2 lebih kecil agar lebih mudah diangkut keluar dari badan.

2- Herblax: agen detox yang sgt best, bantu bersihkan dinding usus, memudahkan proses pembuangan najis, membantu penyerapan vitamin serta membantu mengankut lemak2 yg dipecahkan lecithin keluar dari badan;)


Sungguh luar jangkaan permintaan set asas set slimming Shaklee ni, mungkin disebabkan harganya yang mampu milik serta kesan yang tidak dinafikan.;) Ramai customer yang memberikan kabar gembira bahwa inci2 badan dan berat mereka makin berkurang.. Lagi excited kerana salah seorang customer sy itu bakal mendirikan rumahtangga hujung tahun nanti;)

So sebelum makan set diet sy suka tekankan kpd customer agar faham rules of diet terlebih dahulu. Diet anda tidak akan berkesan sekiranya amalan pemakanan dan corak aktiviti harian anda tidak betul.konsep paling utama kalori intake must be less than output calories. Tidak salah utk makan terlebih sedikit asalkan anda dapat membakar lemak2 yang terlebih tadi melalui pengambilan supplement bakar kalori atau dengan cara exercise (--> of course method membakar kalori paling bagus!)

So utk bulan puasa ini sy ingin kongsikan 10 tips istimewa bagaimana ingin menurunkan berat badan dengan jayanya di samping pengambilan set asas slimming Shaklee lecithin + Herblax;)

1. Check kadar metabolisme tubuh. Beruntung mereka yang tinggi metabolisme kerana lebih sukar utk naik berat dengan mendadak berbeza dengan mereka yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhati- hati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elakkan pengambilan makanan melebihi keperluan harian apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Jangan skip waktu sahur! Prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata- mata tp pengambilan gizi yang betul. Ambillah makan yang tinggi protein dan serat.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit. Sebab tu sunat berbuka ngan kurma dahulu;)

5. Minum air kosong pd kuantiti yang banyak. Berpuasa tidak bermakna anda harus mengabaikan pengambilan air seharian. Banyakkan minum air antara waktu berbuka hingga sahur, recommended 100ml utk setiap jam. Dan bangunlah sahur lebih awal agar  anda dpt minum air sedikit demi sedikit pd waktu sahur;)

6. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Seeloknya skip waktu moreh atau makan pd kuantiti yang sedikit shj;)

7. Kurangkan pengambilan lemak dan kaborhidrat dalam menu harian. Lemak dan karbohidrat sangat tinggi kalori. Cukup pd kuantiti yg sedikit shj, tetapi lebihkan protein dan serat;)

8. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

9. Be positif dan realistik! Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

10. Jangan asyik menimbang berat badan. Ia hanya akan menimbulkan stress jika anda tidak mencapai berat yg diinginkan dan pengurangan berat badan setiap individu berbeza bergantung pd metabolisme rate masing2. Sebaiknya timbang berat badan anda 2 minggu sekali.



InsyaAllah selain beramal di bulan mulia ini, tidak salah kiranya kita tanam azam bersungguh2 utk turunkan berat badan sekali. 

=======
Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!









Sunday, July 13, 2014

Nak Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma?

Assalamualaikum wbt. 

Harini saya ingin kongsikan dengan pembaca blog tentang keahlian Shaklee secara PERCUMA! Memang betul percuma tau, prosesnya sangat mudah dan anda akan terus mendapat no keahlian serta merta dan dapat access ke website Shaklee2u dengan serta merta! Tidak perlu menunggu lama seperti dahulu:)




Ada caranya untuk daftar ahli Shaklee secara  free membership ni dan ianya amat mudah!

Anda hanya perlu kumpul order bersama kawan2 satu ofis, atau jika anda sendiri yang makan Shaklee, anda boleh campur order anda dan kwn2 atau sedara mara dan buat belian sekaligus. Semua orang akan layak mendapat harga ahli dan anda akan mendapat free membership! Mudah bukan?



3 Syarat untuk jadi ahli Shaklee secara free membership:)

  1. Anda boleh membuat belian dalam satu resit berjumlah RM650 ke atas atau bersamaan 200uv. boleh kumpulkan order dari kwn2 juga dan saya akan berikan senarai produk untuk anda pilih dan tiada had produk, boleh pilih apa sahaja janji cukup 200uv. Bila senarai barangan sudah dipilih saya akan kirakan samada cukup melayakkan diri untuk dapat keahlian Shaklee percuma
  2. Cara kedua pula adalah anda boleh membuat belian 2 botol vivix kerana pembelian 2 botol vivix dapat melayakkan anda untuk mendapat keahlian Shaklee percuma
  3. Lagi satu cara adalah dengan pembelian collagen shaklee anda akan mendapat keahlian Shaklee percuma juga. Dapat free membership memang seronok:)

Selepas daftar Shaklee apa yang anda perlu lakukan?

Setelah daftar ahli Shaklee anda akan diberikan satu kit member berupa satu beg. Ianya akan sampai ke pintu rumah anda menggunakan kurier. Di dalam membership kit terdapat info-info product, manual biz, panduan memulakan busines Shaklee, receipt book, buku produk dan sebagainya.

Selepas itu pastikan anda tahu cara membuat order sendiri melalui laman web shaklee iaitu shaklee2u.com.my kerana ia akan memudahkan untuk anda membuat order nanti. Boleh order sendiri melalui online atau jika anda mempunyai masalah  boleh beritahu upline anda apa harus dibuat.

Jika saya ingin berbisnes?

Mudah sahaja, beritahu upline anda bahawa anda ingin serius biznes Shaklee. Kalau daftar ahli Shaklee di bawah empayar kami, anda akan diberi bimbingan khas dan dijaga from zero to hero, tetapi hanya khas untuk ahli yang mendaftar di bawah empayar kami sahaja. Gerenti tidak menyesal melainkan anda mahu tetapi tidak mahu ditunjuk ajar. Yang lain-lain gerenti beres!

Apa anda akan dapat jika serius bersama Shaklee?

  1. Anda layak dapat 3C iaitu Cash, Car and Convention 
  2. Cash ini diberi dalam bentuk bonus jualan, untung runcit, dan bonus kepimpinan Alhamdullilah sgt berbaloi. 
  3. Car bonus --> bukan sebijik kereta yang Shaklee berikan tetapi Shaklee akan berikan bonus berbentuk cash yang akan di bank in kepada anda setiap bulan bersama2 ngan bonus means anda boleh beli apa2 model kereta yang anda minat atau kalau tak mahu beli kereta boleh gunakan bonus kereta td untuk tujuan lain:) 
  4. Kemudian anda akan diberi keistimewaan convention iaitu FREE national or international trip bertaraf VVIP.  bukan trip main2 kerana anda akan dilayan bak permaisuri bila layak free trip Shaklee ni.  

Dah decide jadi ahli Shaklee secara percuma?

Jom isi borang BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Dapatkan info lanjut CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

dan KEISTIMEWAAN JADI AHLI SHAKLEE

 

 

Betul ke Shaklee Penyumbang kepada Israel?

Shaklee Sumbang Pada Israel Betul ke?

Sekarang ni isu boikot begitu tersebar meluas, rata-rata ramai yang sudah ada kesedaran untuk memboikot produk yang menyumbang pada Israel, dan antara yang paling nyata adalah Mcdonald. Maka suramlah dan lenganglah Mcdonald dari dikunjungi orang.

Isu boikot ni memang sesuatu yang dipandang serius oleh masyarakat kita apatah lagi sekarang dengan situasi Israel laknatullah menyerang gaza terutama anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa.

Sebelum kita boikot harus difahami adalah adakah kita perlu boikot semua produk yang asalnya dari yahudi atau US  (dimana ia negara yang menyokong Israel) atau kita mesti boikot mana-mana syarikat yang menyumbang pada Israel. Kena betul-betul fahami antara yang menyumbang dengan tidak. Kita tidak boikot sebarang syarikat melainkan dia menyumbang pada Israel hatta kalau dia adalah syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang pada Israel dan ia berhak diboikot. Isunya boikot pada penyumbang, bukan pada keseluruhan negara yang kita anggap menyumbang. Pengertian mengenai boikot ini juga boleh didapati dari penerangan Aqsa Syariff tentang boikot fb.



Jika kemaslahatan untuk ummah lebih daripada perkara negatif yang akan diterima maka itulah dimaksudkan dengan ini. Sebab hakikatnya ramai yang buka mata bila update selalu dibuat melalui jalan fb untuk berita terkini berkaitan apa yang berlaku sekarang. Maknanya kebaikan lebih banyak dari keburukan.

Dalam kes shaklee pula ramai yang takut dan merasakan sebab shaklee adalah produk US maka ia patut diboikot. Untuk pengetahuan, syarikat shaklee dimiliki oleh roger barnet dan beliau bukan yahudi. Dan syarikat ini milik roger, bukan milik kerajaan US. Dan shaklee tidak menyumbang kepada Israel. Tapi ada isu yang timbul iaitu kes seorang bernama Kenneseth yang menyumbang kepada Israel.






Perlu diingat Keneseth adalah seorang SID (shaklee Independant Distributor) dan dia menyumbang kepada Israel atas kapasiti sebagai individu bukan mewakili shaklee secara keseluruhannya. Maka kita tidak boleh menganggap shaklee adalah penyumbang kepada Israel. Sama juga seperti saya menyumbang derma kepada umat islam, ia adalah hasil dari kapasiti saya sebagai individu, bukan dari shaklee. Kerana shaklee membayar bonus pada semua ahlinya dan kita boleh buat apa sahaja kerana itu adalah duit kita. Dan juga kami membayar zakat, ianya untuk umat islam maka tidak boleh dikatakan yang sumbangan itu dari Shaklee kerana ia sumbangan peribadi para SID (shaklee independant distributor)

Sama seperti kita bekerja. Jika dapat gaji seorang pekerja itu melanggan pelacur atau berfoya-foya di pusat hiburan, atau menggunakan duit untuk aktiviti tidak bermoral, ia adalah atas kapasiti sebagai individu, tidak boleh menuduh syarikatnya adalah penyokong maksiat. Atau duit gaji pekerja itu digunakan untuk membiayai Israel, tidak bermakna syarikat itu adalah penyokong Israel. Kerana bukan pendirian syarikat sebegitu, ia tidak boleh menyekat duit yang diterima dibelanjakan dengan cara apa. Mana boleh sekat duit orang kan? Dan kita tidak mungkin dapat kawal duit orang lain kan?

Dalam website keneseth ada logo shaklee ni kan? Maka anda jangan cepat melatah. Ini kerana ia bukan dari shaklee corporation tetapi atas dasar individu. Beliau memberi sumbangan individu kepada Israel, bukan atas dasar shaklee corporation yang memberi dana kepada Israel. Bila kita klik pada lambang shaklee, ia akan membawa kita kepada satu page yang seperti website rasmi shaklee untuk buat order. Perlu diingat itu adalah page individu tersebut sama seperti esell yang diperkenalkan di Malaysia. Boleh klik cara menggunakan esell. Ini bermaksud, jika logo itu diklik, kita akan dibawa ke page peribadinya iaitu personal sales beliau, bukan sales dari website rasmi shaklee.

Marilah kita boikot dengan ilmu. Jika tanpa ilmu kita akan sekadar menjadi ikut-ikutan. Dan kemungkinan akan bermusim sahaja. Apa yang kita perjuangkan adalah penyumbang pada Israel perlu diboikot. Dalam hal ini shaklee memang tidak menyumbang kepada Israel dan produknya juga halal, maka tiada sebab untuk diboikot.


Kenapa perlu makan produk US? Kalau tak ambil tak boleh ke?
Bukan masalah sebab dia produk dari US atau tidak. Tapi sebab ianya adalah supplement yang berkualiti dan dijamin halal dan berkesan. Ia juga melalui research dan berbillion shaklee habiskan untuk r&d produknya. Setakat ini masih tiada pesaing atau setara dengan kualiti dan keberkesannya. Contohnya bila masa kita mungkin boleh boikot? Jika ada dua produk yang sama kualiti dan keberkesanan dan tahap research dan cara pembuatan setanding, maka kita boleh memilih.

Andainya ada supplement dari syarikat Islam yang setanding dan keberkesannya terbukti dengan research dan kualitinya maka masa itu boleh memilih produk Islam. Setakat ini kita masih tiada pilihan yang setara maka tidak salah jika gunakan untuk kebaikan kesihatan kita terutama jika sihat boleh beribadah dengan lebih mudah. Mana lagi penting dapat beribadah dengan lebih mudah sebab tiada lagi sakit lutut misalnya, daripada sanggup boikot tanpa ilmu tapi kita tak dapat apa-apa manfaat.


Macam facebook juga, ikutkan produk kafir kita perlu boikot tapi kenapa tidak boikot? Sebab saluran facebook ini menjadi penyambung dan penyebar terbesar berita tentang peperangan Israel laknatullah ini boleh kita dapati dengan mudah. Bayangkan sumbangan derma mungkin jadi sukar jika tiada hebahan seperti yang dibuat melalui facebook ini. Maknanya sudut positif lebihb anyak dari negatif.

Buka mata supaya isu boikot ini kita boleh ambil dari sisi positif dan releven.Bukan boikot tanpa ilmu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri kerana tanpa asas. Jika manfaatnya lebih pada umat Islam, maka itu lebih perlu diambil kira berbanding dengan keburukannya.

Pada saya tiada salahnya menggunakan produk yang dijamin halal, berkesan dan semulajadi dan ia boleh membantu kesihatan yang lebih baik walau ianya berasal dari US kerana perlu diingat di sana juga ada komuniti Islam, bukan totally negara kafir.

Dan isu berurusniaga dengan kafir juga dibolehkan dalam Islam sepertimana zaman Rasulullah dahulu juga pernah berurusniaga dengan Yahudi.

"Sesungguhnya nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW (Riawayat Al Bukhari).

Kita bukan boikot semua produk yang bersal dari US atau Yahudi, tapi kita bikot syarikat yang menyumbang kepada kewangan Israel. Jelas bukan?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...